Satu masa dahulu nama Haqiem Stopa pernah menjadi bualan netizen apabila diangkat sebagai ‘ikon permotoran anak muda’ oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada dua tahun lalu.

Agak lama tidak menjadi bualan ramai, Haqiem membuat kejutan apabila menyertai casting Isa Isarb untuk menjadi salah seorang talent Isa Isarb Clan.

Baca Juga:

Menerusi video terbaharu dimuat naik YouTube Isa Isarb, Haqiem tiba ke rumah agam baharu Isa dengan memakai baju kemeja berwarna putih.

Menjengah ruangan komen video tersebut, ramai warganet terkejut apabila melihat kelibat Haqiem bersama sebelas lagi influencer TikTok terpilih sejak dua minggu lalu.

Pada masa sama ada menjangkakan tontonan video-video Isa Isarb akan meningkat sekiranya Haqiem Stopa terpilih menjadi ‘ahli keluarga’ Isa Isarb Clan.

Sumber Gambar: YouTube Isa Isarb
Sumber Gambar: YouTube Isa Isarb
Sumber Gambar: YouTube Isa Isarb
Sumber Gambar: YouTube Isa Isarb

Sementara itu, dalam satu video yang lain Isa mendedahkan rumah agam itu bernilai RM9.7 juta. Rumah itu dibeli untuk dia tinggal bersama bakal isterinya selepas berkahwin nanti.

Buat sementara waktu ini dia tinggal bersama dengan talent-talent yang terpilih untuk melihat mereka membuat video konten Isa Isarb Clan.

Pada awal tahun lalu, Isa ada membina sebuah komputer berkuasa tinggi yang berharga sebuah Perodua Axia, lebih RM40,000.