Sebut mengenai Ronnie Hussein pasti orang ramai khususnya peminat industri hiburan tempatan mengenalinya. Berjaya mencipta nama menerusi kumpulan Hyper Act dan juga solo serta mempunyai suara yang unik membuatkan beliau masih lagi mengumpul peminat sehingga kini.

Dalam pada itu, kelibat Ronnie Hussein dalam industri hiburan tidak lagi dilihat sekaligus membuatkan para peminat tertanya-tanya mengenai perkembangan terbaru beliau.

Baca Juga:

Terbaharu, menerusi perkongsian TikTok @sarizasahid, difahamkan Ronnie Hussein kini sedang berniaga di sebuah Bazar Ramadan di Johor. Menariknya, beliau turut mengetengahkan sebuah hidangan yang istimewa buat para pengunjung bazar iaitu Nasi Teppanyaki.

@sarizasahid

Jom support #ronniehussein #bazarramadan #bandarbaruudajohor #fypssssss

♬ Hanya Aku – Hyper Act

Sementara itu, akaun TikTok rasmi Ronnie Hussein turut memuat naik video beliau berniaga di Bazar Ramadan yang turut dihadiri oleh bintang bola sepak tempatan, Arif Aiman.

@ronniehussein

Legend in the making… #ariffaiman tq datang support nasi goreng daun pisang abang…

♬ Nasi Goreng – Arnny Montana

Telatah beliau yang cerai serta mesra pelanggan itu telah mendapat perhatian netizen. Para netizen memaklumkan masakan yang dibuat Ronnie Hussein tampak sangat enak. Tidak kurang juga yang memaklumkan sudah lama mencari peniaga yang menyajikan nasi teppanyaki.

Sumber: TikTok @sarizasahid
Sumber: TikTok @sarizasahid
Sumber: TikTok @sarizasahid

Untuk pengetahuan, Ronnie Hussein merupakan seorang penyanyi di mana beliau mulai mencuba nasib dalam industri hiburan menerusi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan.

Beliau seterusnya turut menyertai kumpulan Sunday dan Hyper Act sebelum memilih untuk bergerak solo pada tahun 2015 dengan alasan untuk membantu krisis yang menyelubungi kumpulan Hyper Act.