Umum tahu kini hampir seluruh negara dilanda dengan wabak COVID-19. Kehadiran wabak ini turut mengundang kepada permintaan sesetengah barangan khususnya face mask dan hand sanitizer.

Melihat kepada negara Itali yang teruk dilanda wabak COVID-19, syarikat automotif yang popular dengan pengeluaran supercar iaitu Lamborghini nampaknya turut lari daripada kebiasaan dengan menghasilkan face mask dan pelindung muka dalam usaha menangani wabak COVID-19.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →
960×0 (2)
Sumber: Forbes

Menariknya, face mask dan pelindung muka ini dihasilkan dengan sentuhan mereka yang menghasilkan ruangan dalam Lamborghini Aventador Super Veloce Jotas dan Lamborghini Huracan. Sudah pastinya kualiti yang dihasilkan tidak perlu dibincangkan lagi.

Meskipun face mask dan pelindung muka ini dijangka laris dijual berikutan kreadibiliti jenamanya yang dikenali ramai, Lamborghini tidak berminat untuk menjualnya sebaliknya kesemua barangan yang dihasilkan ini bakal disalurkan ke hospital di Bologna, Itali.

960×0
Pelindung muka yang dihasilkan menggunakan mesin cetakan 3d. Sumber: Forbes

Semoga usaha baik Lamborghini menghasilkan face mask dan pelindung ini dapat mengurangkan pandemik wabak COVID-19 di negara tersebut yang mencatat angka yang tinggi setiap hari.

Tidak hanya Lamborghini, Nike juga antara jenama yang turut hasilkan pelindung muka untuk menangani wabak COVID-19. 

Nike Akan Hasilkan Pelindung Muka Khas Untuk Tangani COVID-19 Di Amerika Syarikat

Panik Wabak COVID-19 Menular Di Sepanyol, Harga ‘Face Mask’ Melambung Kepada RM1,419