Selepas Lamborghini mengumumkan model enjin V12 naturally-aspirated Aventador ditamatkan secara rasmi pada September tahun lalu, hari ini Lamborghini Kuala Lumpur melancarkan model PHEV Lamborghini Revuelto untuk pasaran Malaysia.

Menurut satu laporan, tempahan supercar ini sudah dibuka di Lamborghini Kuala Lumpur dengan harga bermula RM2.5 juta tanpa cukai, atau RM6.5 juta termasuk cukai. Harga itu juga tidak termasuk kos-kos pengubahsuaian yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengarah Serantau Asia Pasifik, Francesco Scardaoni berkata permintaan untuk kereta super Lamborghini sentiasa kukuh di Malaysia. Pihak Lamborghini yakin Revuelto, yang telah mewujudkan penanda aras baharu dalam prestasi, teknologi terkini dan keseronokan memandu akan terus menawan hati pelanggan mereka.

Lamborghini Revuelto mempunyai 1,001hp yang dihasilkan oleh enjin V12 serta tiga motor elektrik, dan dwi-klac lapan-kelajuan serba baharu. Supercar ini boleh memecut 100km/j sepantas 2.5 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 349km/j.

Menurut Lamborghini, bateri pemacu elektrik boleh dicas semula dengan pengecasan sehingga 7 kW dan mengecas penuh dari kosong dalam masa 30 minit sahaja. Sebagai alternatif, bateri itu juga boleh dicas semula melalui brek regeneratif dari roda hadapan atau terus dari enjin pembakaran V12 dalam masa enam minit sahaja.

Pemandu boleh set kombinasi 12 mod pemanduan dengan dua butang pada stereng direka baharu yang terdiri daripada Recharge, Hybrid, Performance, Strada, Sport, Corsa dan Citta.

Ciri aerodinamik aktif pada Revuelto 61% lebih cekap dan 66% downforce dalam situasi beban tinggi jika dibandingkan dengan Aventador Ultimae.

Pada bahagian kabin pula, supercar PHEV Lamborghini ini mempunyai tiga skrin paparan 12.3-inci kluster instrumen, 8.4-inci paparan tengah dan paparan 9.1-inci yang berhubung dengan sistem infotainmen.

Daripada segi keselamatan pula, Revuelto dilengkapi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Adaptive Cruise Control, Rear Cross-Traffic Alert dan Adaptive Headlamps.

Bukan semua pihak dapat terima Lamborghini sudah menamatkan enjin V12 naturally aspirated mereka, namun syarikat Itali itu berjaya buktikan bahawa supercar hibrid mereka tetap jadi rebutan ramai kerana kesemua slot unit Lamborghini Revuelto sudah habis ditempah sehingga 2026.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.