airasia.com hari ini melancarkan identiti baharu sebagai sebuah aplikasi super Asean, melengkapkan transformasi AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan digital kepada platform gaya hidup yang komprehensif untuk semua.
Aplikasi super airasia.com memberi perkhidmatan yang lebih mudah, pantas dan lancar untuk mengakses lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan di bawah tiga kategori utamanya iaitu perjalanan, e-dagang serta teknologi kewangan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, berkata AirAsia adalah syarikat untuk semua dan telah merevolusikan industri penerbangan. Tambahnya, AirAsia berbangga menjadi peneraju dalam menghubungkan rantau ini, menawarkan nilai, kemudahan dan keterangkuman untuk semua.
Kini, airasia.com bukan sahaja menawarkan penerbangan, malah penginapan, beli-belah, makanan, dan banyak lagi semuanya dalam satu aplikasi super. Sempena pembaharuan itu, airasia.com mengadakan jualan airasia.com Super Sale yang pertama untuk menggantikan jualan Tempat Duduk Percuma AirAsia yang berlangsung sebelum ini.
Jualan terbesar ASEAN itu akan bermula 12 Oktober hingga 18 Oktober 2020 dengan diskaun sehingga 90 peratus bagi semua kategori produk di aplikasi super serta laman web airasia.com dari tiket penerbangan, hotel, membeli barangan dan lain-lain.
P/s: Lebih mudah jika anda membuat pembayaran menggunakan dompet digital AirAsia iaitu BigPay. Anda yang belum ada kad BigPay boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan AirAsia pada pautan di bawah ini.
Ternyata Bukan ‘Scam’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pusing Malaysia Guna AirAsia Unlimited Pass
AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’
Neelofa Letak Jawatan Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia