Kerajaan ketika ini sedang membuat pindaan kepada Ordinan Darurat untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu laporan yang dimuat naik oleh Yahoo News, Ismail Sabri menyatakan cadangan ini diambil kerana terdapat sebahagian orang awam yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Oleh itu, saya ingin memberitahu bahawa oleh kerana banyak yang masih belum mematuhi SOP, kerajaan sedang mengubah Ordinan Darurat untuk meningkatkan lagi kompaun pada individu dan syarikat,” katanya dalam taklimat media.
Menteri Pertahanan turut menambah bahawa dia berharap akan semua orang tidak perlu menunggu sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan kerana disiplin diri adalah perkara yang penting.
“Jadi tuan-tuan dan puan-puan harus mematuhi setiap SOP, kerana SOP yang dikeluarkan bukan untuk menyusahkan orang, tetapi untuk memastikan kesihatan anda dilindungi dengan baik,” tambahnya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari telah mengumumkan perintah Darurat untuk seluruh negara, dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 diwartakan tiga hari kemudian.
Di bawah Ordinan tersebut, antara lain pegawai tentera diberi kuasa yang sama dengan pegawai polis sepanjang tempoh Darurat.
Kerajaan Malaysia bakal laksanakan penutupan ekonomi sekiranya kes COVID-19 tidak turun? Klik pautan di bawah untuk membaca.
Kerajaan Malaysia Bakal Laksanakan Penutupan Ekonomi Sekiranya Kes COVID-19 Tidak Menurun?
Isu Agong Tak Isytihar Darurat, Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia
Bekas PM Australia Dedah Kerajaan Malaysia ‘Tahu’ MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri