Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandaraya Kuching, Pantai Trombol menjadi lokasi tumpuan orang awam untuk melakukan aktiviti beridah bersama keluarga mereka terutamanya pada hujung minggu.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook mendedahkan bahawa kini bayaran masuk dikenakan untuk mereka yang mahu masuk ke Pantai Trombol.
Baca Juga:
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Menerusi perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana bayaran masuk sebanyak RM5 dikenakan untuk seorang, bukannya untuk jumlah kenderaan yang dibawa.
Susulan perkongsian tersebut, hal itu telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali penduduk tempatan dan ramai tidak setuju dengan tindakan pihak pengurusan pantai kerana dahulu hanya dikenakan bayaran RM10 untuk sebuah kereta.
Walaupun RM10 untuk sebuah kereta masih dianggap mahal tetapi ianya lebih munasabah berbanding caj sebanyak RM5 untuk seorang.
Akan tetapi, ada juga yang berpandangan positif dengan menganggap bayaran masuk ini sebagai salah satu cara untuk menjaga kelestarian pantai dan meningkatkan kemudahan awam.