Pada akhir Januari lalu Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengeluarkan garis panduan larangan memasang khemah di 11 pantai awam di sekitar Port Dickson.
Larangan itu telah mengundang rasa tidak puas hati warganet. Ramai yang mengutuk tindakan itu, pada masa sama mengajak untuk memboikot daripada bercuti di daerah terbabit.
Baca Juga:
- ‘4×4 Pun Tak Berani Masuk’ – Warga Pakistan Bawa Kereta Sewa Tersangkut Di Pantai Port Dickson
- Bisnes Sewa ‘Khemah Biru’ Pantai Port Dickson Berakhir Mulai 18 November Ini
- Wanita Merungut Bayar RM342 Tapi Makanan Rasa ‘Hampeh’ Di Port Dickson
Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap orang ramai dapat menghormati peraturan larangan tersebut, petik Astro Awani.

Peraturan itu dibuat bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti isu kebersihan dan maksiat.
“Kalau tiada peraturan, kita lagi susah. Kalau tiba-tiba esok, ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan(PBT) dan Menteri Besar kerana telah bagi kebenaran,” jelasnya.
Rungutan orang ramai itu telah membuatkan beliau berasa ‘pening’ dengan permintaan orang ramai.
Jika terdahulu pihaknya telah menyelesaikan isu khemah biru. Kini ramai pula tidak puas hati berhubung larangan pemasangan khemah awam.

Senarai 11 pantai Port Dickson

Untuk makluman semua, 11 pantai yang dilarang untuk memasang khemah awam di sekitar daerah Port Dickson adalah –
- Pantai Tanjung Gemuk
- Pantai Batu 1
- Pantai Bagan Pinang
- Pantai Saujana
- Pantai Cahaya Negeri
- Pantai Batu 5
- Pantai Teluk Kemang
- Pantai Purnama
- Pantai Cermin
- Pantai Tanjung Biru
- Pantai Dickson