Pemain naturasasi baharu negara, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dipanggil untuk menyertai latihan pusat skuad negara bagi menghadapi Piala ASEAN FIFA 2026.

Seorang lagi pemain yang turut baharu sahaja mendapat kelulusan FIFA, Bradd Tapp turut disenaraikan oleh pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe.

Perkembangan terbaharu itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi senarai yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi badan induk tersebut sebentar tadi.

Selain trio tersebut, Tan Cheng Hoe turut dapat menyenaraikan barisan terbaiknya dengan kehadiran Arif Aiman Hanapi, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Dion Cools, Faisal Halim dan Stuart Wilkin.

Cheng Hoe juga turut mengekalkan lima pemain yang beraksi di Piala Hyundai ASEAN 2026 iaitu Azri Ghani, Ubaidullah Shamsul Fazili, Sergio Aguero, G. Pavithran dan Faris Danish Asrul.

Senarai Penuh Pemain Dipanggil Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Hadapi Piala ASEAN FIFA 2026

1) Ahmad Syihan Azmi Mohamed

2) Bradd Tapp

3) La’vere Corbin-Ong

4) Syahmi Safari

5) Nathaniel Shio Hong Wan

6) Manuel Hidalgo

7) Stuart Wilkin

8) Arif Aiman Hanapi

9) Bergson da Silva

10) Faris Danish Asrul

11) Quentin Cheng

12) Nooa Laine

13) Faisal Halim

14) Ubaidullah Shamsul Fazili

15) G. Pavithran

16) Romel Morales

17) Haziq Nadzli

18) Nazmi Faiz Mansor

19) Azri Ghani

20) Sergio Aguero

21) Daniel Ting

22) Dion Cools

23) Fergus Tierney

Jadual Perlawanan Piala ASEAN FIFA 2026

FAM turut mengesahkan bahawa hanya sehari kem latihan tempatan, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Jakarta pada Selasa, 22 September 2026 bagi menghadapi saingan Divisyen 1, Piala ASEAN FIFA 2026 yang mana Kumpulan A dibarisi tuan rumah Indonesia, Singapura, Bangladesh dan Malaysia manakala Kumpulan B menampilkan Vietnam, Thailand, Filipina dan Pakistan.

Malaysia yang kini di ranking ke-136 dunia akan membuka saingan berdepan pasukan ranking ke-181 dunia, Bangladesh di Gelora Bung Karno, Jakarta pada Jumaat, 25 September 2026, 5.00 petang.

Ia disusuli perlawanan kedua menentang tuan rumah, Indonesia yang kini di ranking ke-118 dunia, juga di Gelora Bung Karno pada Isnin, 28 September 2026, 8.30 malam.

Bagi aksi terakhir Kumpulan A, Malaysia akan berdepan pasukan ranking ke-148 dunia, Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Khamis, 1 Oktober 2026, 8.30 malam.

Juara Kumpulan A dan Juara Kumpulan B bakal berentap pada aksi Final di Gelora Bung Karno pada Isnin, 5 Oktober 2026, 9.00 malam manakala Naib Juara Kumpulan A dan Naib Juara Kumpulan B akan bertemu untuk penentuan Tempat Ke-3 di venue dan hari yang sama, jam 5.00 petang.

Sumber