Pada awal pagi tadi tular satu klip video menunjukkan sekumpulan motosikal lawan arus dengan mengguna lorong kanan dan kiri lebuh raya.
Menerusi satu kemas kini Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Anuar Abdul Rahman berkata kumpulan motosikal itu melawan arus di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) adalah kerana melarikan diri daripada operasi polis.
Baca Juga:
Difahamkan kumpulan tersebut menunggang melawan arus dari Plaza Tol Bagan Ajam, BORR menghala Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).
@muhammad74_7
“Kejadian berpunca daripada satu operasi samseng jalanan yang telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD SPU bagi membanteras aktiviti samseng jalanan.
“Penunggang motosikal telah bertindak melarikan diri dengan melawan arus dari ditahan oleh pihak polis.
“Dalam operasi tersebut, polis telah menangkap seorang penunggang motosikal di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya serta menyita sebanyak 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular satu klip video pendek menunjukkan puluhan motosikal ditunggang lawan arus hingga pengguna jalan raya hanya dapat gunakan lorong tengah saja.
Video itu turut mengundang rasa bimbang netizen dengan masa depan negara kerana masih ramai anak-anak muda yang masih terjebak dengan aktiviti kurang bermoral itu.