Aktiviti ‘merempit’ memang cukup sinonim di kalangan anak-anak muda berbangsa Melayu.
Baru-baru ini tular satu klip video dimuat naik TikTok @muhammad74_7 menunjukkan sekumpulan geng mat rempit melawan arus sehinggakan hanya lorong tengah sahaja boleh digunakan pengguna jalan raya.
Baca Juga:
- Netizen Kecam Tindakan Mat Rempit Buat Aksi ‘Superman’ Beramai-Ramai
- Ayah Zaharif: “Anak Saya Bukan Rempit, Dia Cuma Buat Bising Sahaja”
- Mat Rempit Tingkatan 2 Cabar Ditangkap, Akhirnya Polis Cekup Dan ‘Take Over’ Live TikTok
Geng mat rempit itu memenuhi lorong kiri dan kanan jalan seolah-olah terdapat acara di penghujung jalan.
@muhammad74_7
Di ruangan komen video berkenaan, ramai pengguna TikTok dilihat sangat berbangga dengan apa yang dibuat oleh kumpulan mat rempit tersebut.
Mereka seolah-olah mengangkat perbuatan mereka seperti ‘hero’ anak muda.
Bagaimanapun reaksi berbeza pula diterima di X.com. Pengguna platform tersebut menyuarakan kebimbangan dengan masa depan negara.
Begitulah bila parent sekarang terlalu open minded dengan alasan “takpelah, masa muda ni bagilah bebas. Nanti dah besar pandai la dia”. Haaa ko tak tahu masalah biar kau tu yang buat diorg lagi naik kepala. Org dulu, nakal pun masih hormat orang. Sekarang? Nakal + kurang ajar.
— Mint Ha (@Iloikeeveryone) August 7, 2024
Dia jadi mcmni sbb tak ada tujuan hidup. Kerja malas, belajar lagi malas. Bila tak ada tujuan hidup rasa kosong. Jadi merempit utk rasa thrill hidup. Padahal di mata masyarakat diorg seperti sampah je. Rohingya yg kerja kutip brg terpakai pun lebih bagus dari budak2 yg sesat ni.
— FAB-3000 (@0nly_FABs) August 6, 2024
Silap nya bila ada yang sokong apa mereka buat tu..bak kata mereka2 tu,itu semua hobi dan minat..mereka x kacau org pun..tapi mat kalau perangai dah mcm setan kat jalan tu,tu x kira kacau n membahayakan org ke..geram wey bila baca komen org2 mcm tu..
— are_leaf92 (@AbdulNorAlif) August 7, 2024
Camne nak takut undang2 kalau ia hanya tulisan dlm buku?
Penguatkuasaan takde serupa macam takde undang2.
Nak rakyat respect undang2, kena tunjuk kpd mereka kesan/hukuman kalau tak patuh. Bukan pelik pun, mmg human nature. Selagi tak rasa panas, manusia akan tetap main api.— muhamad_aziz (@muhamadahjiz) August 6, 2024
Sehubungan itu warganet meminta pihak-pihak berkuasa lebih proaktif dalam menangani masalah sosial ini daripada terus berleluasa.
Dalam masa sama, orang ramai mahu penguatkuasaan bukan sahaja sekadar tertulis di dalam buku sahaja. Sebaliknya ia ‘wajib’ dilaksanakan dengan penuh telus, adil dan tegas supaya menjadi satu pengajaran kepada orang ramai untuk berasa takut mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.