Bagi rakyat Malaysia yang sedang mencari pelan ansuran motosikal yang super mudah dan tak menyusahkan, ada berita baik!
SPayLater baru sahaja mengumumkan peluasan besar-besaran bagi penawaran pembiayaan Patuh Syariah mereka dengan memperkenalkan SPayLater Motorcycle.
Ini bukan sebarang feature! Ia direka khas untuk membantu rakyat Malaysia membeli motosikal idaman mereka melalui akses kredit yang lebih fleksibel, mudah dicapai, dan 100% digital.
Kiranya, beli motor sekarang, bayar sikit-sikit selama bertahun-tahun kemudian—semuanya hanya di hujung jari anda!
SPayLater Motorcycle dari ShopeePay menawarkan beberapa faedah dan ciri-ciri utama yang menjadikannya pilihan pembiayaan yang menarik terutamanya buat rakyat Malaysia yang mencari kemudahan dan fleksibiliti.
Apa yang SPayLater Motorcycle tawarkan?

Perkhidmatan baru ini membolehkan pengguna yang layak mengakses pembiayaan sehingga RM20,000 untuk pembelian motosikal mereka! Lebih best lagi, mereka tawarkan tempoh ansuran yang sangat fleksibel—sehingga 60 bulan (atau 5 tahun).
Nak tahu kelayakan anda? Mudah saja! Anda hanya perlu melalui proses verifikasi eKYC dan serahkan dokumen pendapatan melalui platform mereka. Itu sahaja, nanti mereka akan tentukan had kredit anda!
Menariknya, ia direka untuk menjadi alternatif yang jauh lebih fleksibel berbanding pinjaman kenderaan tradisional. Anda akan kekal memegang 100% pemilikan ke atas motosikal anda.
Bergantung pada dokumen pendapatan anda, anda mungkin juga layak untuk ansuran tanpa wang pendahuluan (zero down payment dan paling penting, pembiayaan ini Patuh Syariah sepenuhnya, disahkan oleh Amanie Advisors, dengan keseluruhan proses permohonan yang 100% digital
Selepas anda berjaya selesaikan proses eKYC dan penyerahan dokumen pendapatan, apa langkah seterusnya?
Mudah sahaja! Anda kini boleh mula ‘cuci mata’ dan browse model-model motosikal daripada pelbagai jenama dan pengedar rakan kongsi yang tersedia.
Apabila hati sudah berkenan, anda hanya perlu berkunjung ke pengedar tersebut untuk memuktamadkan pembelian motor idaman anda dan memilih pelan ansuran yang paling sesuai melalui SPayLater Motorcycle.
Perlu diingatkan, buat masa ini, SPayLater Motorcycle sedang berada dalam fasa pelancaran berperingkat (rollout phase).
Pihak syarikat merancang untuk menjadikan feature hebat ini tersedia kepada SEMUA pengguna menjelang Suku Pertama (Q1) tahun 2026!
Mereka juga memaklumkan bahawa butiran lanjut dan maklumat penuh akan dikongsi secara rasmi apabila tarikh pelancaran penuh semakin hampir. Jadi, bersabar dulu!
Ini senarai jenama dan model motor yang layak untuk menggunakan Spaylater Motocycle:-









