Setiap kali tibanya bulan Ramadan, bubur lambuk merupakan antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja sedap tetapi juga penuh dengan rasa kasih sayang kerana kebiasaanya bubur lambuk disediakan secara gotong-royong di masjid dan surau sebagai aktiviti tahunan ketika bulan Ramadan.
Disebabkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak dibenarkan berkumpul, pastinya tiada aktiviti bergotong-royong sediakan bubur lambuk di masjid atau surau. Apa kata anda buat sendiri bubur lambuk di rumah dengan ikuti perkongsian pengguna Facebook Nur Haziqah yang mudah menggunakan periuk nasi. Jom kita mulakan!
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 1/2 pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan.
2) Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan.
3) Perencah sup adabi 1 bungkus.
4) Daun sup – dihiris kecil.
5) 1 batang carrot – potong dadu.
6) 1 biji ubi kentang – potong dadu.
7) 4 ulas bawang putih.
8) 5 ulas bawang merah.
9) 2 inch halia.
10) 1/2 sk serbuk lada hitam.
11) 100 ml santan.
12) 2 liter air.
13) Bawang goreng.
14) Gula dan garam.
Cara-cara membuat bubur lambuk:
1) Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3) Kemudian, masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4) Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
5) Masukkan beras dan kacau rata.
6) Masukkan beras ke dalam rice cooker.
7) Masukkan air, ubi kentang dan carrot.
8) Masak sehingga beras kembang.
9) Bila beras dah kembang, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.
10) Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur. Siap.
Mudah sahaja rupanya untuk buat bubur lambuk ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan anda dapat berkongsi bubur lambuk ini bersama keluarga dan juga jiran tetangga.
Buat anda yang tidak tahu ingin masak apa untuk berbuka, apa kata ikuti resipi menarik pada pautan di bawah ini.
Resipi Ayam Goreng Yang Sedap Dan Senang Khas Buat Penggemar KFC Ini Raih 2.5K ‘Shares’
Lebih 23K ‘Shares’, Resipi Almond Cluster Yang Sedap Dan Mudah Gunakan 2 Bahan Sahaja
Persis Beli Di Bazar Ramadan, Ini Resipi Murtabak Daging Yang Padat, Sedap Dan Ringkas