Seramai lebih 300 anak-anak pengikut GISB Holdings (GISBH) bakal diberikan pendidikan rasmi mengikut silibus Kementerian Pendidikan (KPM) mulai 1 Oktober ini, lapor Berita Harian.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM akan melaksanakan pendidikan berdasarkan modul khas mengikut kohort pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Baca Juga:
- Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat
- Bekas Ahli Dakwa GISBH Amalkan Sistem Perhambaan, Dipaksa Penuhkan ‘Tabung’ Orang Atasan
- ‘Saya Ada 3 Isteri, 10 Anak’ – Ahli Kumpulan GISBH Mohon Ikat Jamin Rendah
“Melalui fasa pertama ini, modul khas disediakan kerana mereka tidak berada dalam sesi persekolahan biasa dan arus perdana.
“Setakat ini kita buat penilaian 3M iaitu membaca, mengira dan menulis selain psikososial. Kita sedang melakukan sesi bersama kaunselor KPM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM, di sini hari ini.
Terdahulu, polis menemui seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal yang didakwa dikendalikan oleh GISBH.