Siapa di sini penggemar masakan Cina dan sudah pening kepala kerana tidak tahu ingin masak apa untuk berbuka puasa? Tidak perlu bimbang, kami ada resipi menarik ingin kongsikan kepada anda semua.
Apa kata anda ikuti perkongsian resipi wantan mee daripada pengguna Facebook Wan Luqman dijamin sedap dan semestinya mudah yang anda boleh cuba di rumah. Ayuh kita mulakan!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Mee wantan, minyak bawang putih, bawang putih goreng, bawang putih, kicap cair, kicap karamel, gula, isi ayam, cili kisar, serbuk cili, rempah ratus, lada sulah, stok ayam, minyak bijan dan bahan steamboat.
Cara-cara membuat wantan mee:
1. Pertama sekali, sediakan minyak bawang putih dan bawang putih goreng.
2. Kemudian, sediakan sup terlebih dahulu dengan masukkan air, stok ayam, lada sulah dan bahan-bahan steamboat. Sudah masukkan kesemua bahan, barulah masukkan minyak bijan dan minyak bawang putih.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak bawang putih, tumiskan bersama 2 sudu kicap cair, 1 sudu kicap karamel dan sedikit gula.
4. Masukkan sedikit sup tadi ke dalam bahan kicap dan gaul hingga sebati dan siap.
5. Perapkan ayam dengan cili kisar, bawang putih, gula, kicap cair, serbuk cili dan rempah ratus selama sejam.
6. Kemudian, boleh bakar atau goreng ayam yang diperap tadi.
7. Sebelum celurkan mee wantan dalam air mendidih, titiskan minyak pada mee dan pastikan tidak bergumpal.
8. Celur dalam 10 saat dan angkat lalu celupkan dalam air sejuk dan toskan mee wantan.
9. Kemudian, hidangkan mee wantan bersama sos kicap, ayam dan juga sup. Siap.
Mudah sahaja rupanya nak buat wantan mee ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda di luar sana. Selamat mencuba!
Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.
Resipi Dumplings Udang Viral Yang Mudah Dan Lazat Anda Boleh Cuba Di Rumah
Resipi Mudah Coklat Chip Ala Famous Amos Guna Air Fryer Dijamin Sedap Yang Raih 1K ‘Shares’
Lebih 17,000 Retweets, Ini Resipi Enak Dan Mudah Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’