70mai merupakan salah satu jenama dash cam yang dipercayai oleh warga tempatan sejak sekian lama. Kini mereka secara rasminya melancarkan sebuah model baharu yang dikenali sebagai 70mai Dash Cam Omni di Malaysia.

Dash cam ini menampilkan sejumlah ciri serba canggih yang bakal menjamin setiap detik dirakam dengan baik. Mari kita ketahui lebih terperinci berkenaan spesifikasi 70mai Omni yang ditawarkan oleh mereka.

Baca Juga:

70mai Dash Cam Omni

Sumber Gambar: The Vocket

70mai Dash Cam Omni merupakan sebuah dash cam kompak yang serba canggih kerana muncul sebagai dash cam pertama yang boleh merakam 360° di dalam pasaran. Dengan ini, 70mai Omni mampu merakam sebarang aktiviti atau situasi di jalan raya daripada semua sudut dengan jelas.

Antara kelebihan dash cam ini adalah hadir dengan apertur kamera yang besar serta teknologi HDR PureCel®Plus-S baharu yang akan memberikan hasil imej yang jelas walaupun di dalam keadaan kurang pencahayaan. Ditambah pengesan pergerakan pintar turut membantu untuk mengesan sebarang pergerakan atau aktiviti mencurigakan di sekitar kereta anda.

Sumber Gambar: The Vocket

Terdapat ciri 60 FPS Dynamic Vision yang akan menambah baik kualiti video yang dirakam sewaktu melalui jalan berbonggol atau pemanduan berkelajuan tinggi. Sementara penggunaan storan jenis eMMC ini pula membolehkan penyimpanan data tanpa perlu menggunakan tenaga.

Menariknya, anda boleh menggunakan arahan suara sahaja untuk mengalih arah kamera ke sisi kiri dan kanan untuk merakam video menerusinya. Bukan itu, anda boleh mengambil swafoto dan juga video vlog berdurasi 15 saat dengan arahan suara juga.

Selain berbentuk kapsul yang kompak, kamera ini juga mudah untuk dipasang kerana hanya menggunakan pelekat pada bahagian tapaknya. Untuk kemudahan mengakses rakaman video atau gambar, anda boleh menggunakan aplikasi Dash Cam 70mai Omni sahaja.

Buat pasaran Malaysia, 70mai Dash Cacm Omni bakal ditawarkan secara eksklusif di Lazada dengan potongan harga pada 27 Februari ini. Anggaran tanda harga adalah sekitar RM600 dan ke atas.