Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) baru-baru ini telah memperkenalkan inisiatif baharu bagi memastikan tahap keselamatan serta pematuhan undang-undang pengguna jalan raya dapat dipertingkatkan.
Anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ telah dilengkapi dengan kaedah baharu iaitu sebuah alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna di jalan raya.
Menurut laporan terbitan Kosmo, alat tersebut akan diletakkan pada bahagian atas topi keledar anggota JPJ supaya pihak tersebut dapat merakam apa-apa kesalahan yang telah dibuat oleh pengguna jalan raya.
Setelah anggota tersebut selesai merakam kesalahan pengguna tersebut, rakaman video tersebut difahamkan akan dihantar secara langsung kepada sistem JPJ sebelum urusan saman dibuat kepada pesalah jalan raya.
Rakaman video JPJ tular
Baru-baru ini, tular sebuah video yang berdurasi selama satu minit 40 saat di media sosial di mana ia dapat dilihat beberapa pengguna jalan raya telah disaman oleh beberapa anggota JPJ berikutan tidak memakai topi keledar serta tidak mempamerkan nombor pendaftaran bagi kenderaan tersebut.
“Abang tunggu saya hantar surat, saya sudah rekod (kesalahan tidak pakai topi keledar),” kata anggota JPJ di dalam rakaman tersebut.
https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1362016004629405698?s=20
Baca perkongsian kami yang sebelum ini mengenai pihak JPJ kemaskini peraturan dengan membenarkan kenderaan untuk memohon menggunakan cermin lebih gelap melalui pautan di bawah.
JPJ Kemas Kini Peraturan, Pemilik Kenderaan Boleh Mohon Guna Cermin Lebih Gelap
Peroleh Lesen Tanpa Perlu Ujian, JPJ Sangkal Isu Agensi Palsu Yang Sedang Tular