Pesta Buku Antarbangsa (PBAKL) pada kali ini dilihat mendapat sambutan yang cukup meriah oleh rakyat Malaysia. Di dalam kesibukan suasana di sana, orang ramai turut berkongsi pengalaman membeli juadah dan minuman di PWTC.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fadly Samin, dia telah berkongsi luahan dengan caj minuman yang keterlaluan mahal berbanding makanan yang dipesan di sebuah kafe di PWTC.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

“Pagi ini minum air Teh O Ais dari kayangan .. Hehe .. Silap saya tak tengok harga dulu .. Apapun hidup perlu diteruskan…,” sebahagian keluhan yang diutarakan menerusi hantaran tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsi menerusinya, kesemua pesanan terbabit dikenakan bayaran sebanyak RM29.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai apabila harga secawan teh O ais adalah RM11 yang dikatakan terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Sumber Gambar: FB @Mohd Fadly Samin

Malah, harga sebungkus mi goreng jauh lebih murah daripada air teh o ais yang dipesan itu.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen menasihati para pengunjung untuk lebih berwaspada sewaktu mahu memesan makanan atau minuman di PWTC.

“Gila dia tekan kat harga air. Macam standard hotel dah ni,” tulis seorang netizen.

“Tergamak dia jual teh o ais sampai RM11. Tak beragak langsung meniaga pun. Modal berapa sen je. Ni betul-betul pergi haji balik hari ni,” kongsi seorang netizen lain.

“Saya singgah juga minggu lepas, belanja anak-anak. perasan juga harga kayangan tu,” kongsi seorang netizen.

Susulan hantaran tersebut, ada sebahagian pengunjung juga berkongsi mengalami pengalaman yang sama apabila dikenakan caj yang mahal di samping menyertakan gambar resit sebagai bukti.