Bila sebut Nothing, orang sudah mengenali dengan penawaran gajet yang serba unik dengan ciri premium. Kali ini Nothing membawakan kemas kini baharu buat fon telinga TWS yang dinamakan Nothing Ear (2).

Nothing Ear (2) ini telah direka dengan tujuan menawarkan bunyi berkualiti tinggi, pembatalan hinggar aktif (ANC), kecerdasan buatan yang lebih maju dan reka bentuk minimalis yang menawan.

Baca Juga:

Kami diberi peluang untuk mencuba sendiri Nothing Ear (2) dan lihat sejauh mana prestasi yang ditawarkan bagi kegunaan seharian.

Reka bentuk yang mementingkan keselesaan pengguna
Sumber Gambar: The Vocket

Nothing Ear (2) pada kali ini masih mengekalkan rekaan ikonik mereka namun masih terdapat pembaharuan yang baik menerusinya. Fon telinga Nothing dan kerangka lutsinarnya kini tampil lebih kompak dan ringan.

Ini menjadikan fon telinga itu lebih selesa digunakan dalam jangka masa panjang di samping mudah disimpan dalam poket yang kecil. Untuk kerangka pengecasan, engsel juga dibuat lebih ketat menjadikan kualiti lebih premium.

Sumber Gambar: The Vocket

Fon telinga ini juga dilengkapi dengan tiga saiz hujung telinga silikon yang berlainan yang mana mahu memastikan pengguna dapat mencaru saiz yang bersesuaian dengan telinga masing-masing.

Apa yang membezakan Nothing Ear (2) adalah reka bentuk kawalan sentuhan. Fon telinga ini mempunyai panel sensitif sentuhan pada bahagian luar fon telinga dan pengguna boleh mengawal mod playback, tahap kelantangan, ANC dan mod tembus bunyi dengan gerak isyarat mudah.

Kualiti audio yang mengagumkan
Sumber Gambar: The Vocket

Nothing Ear 2 tampil menggunakan pemacu yang dikemas kini serta menyokong LHDC 5.0 untuk menawarkan kualiti audio yang terbaik sepanjang penggunaan menerusinya. Dengan LHDC 5.0, ia menyokong kadar pensampelan 192kHz sehingga 1Mbps bit rate.

Oleh itu, Ear (2) mampu menawarkan kualiti penstriman yang baik menerusi sambungan lebih-lebih lagi untuk audio Hi-Res. Boleh dikatakan anda boleh mendengar sebarang genre muzik dengan baik namun berlaku sedikit penurunan prestasi apabila mempunyai nada yang tinggi.

Penambah baikan kualiti bass pada kali ini yang lebih seimbang dan kuat telah meningkatkan pengalaman mendengar audio menerusinya.

Menariknya, Ear (2)ini juga mampu mengasingkan bunyi instrumen dengan jitu dan terperinci sekaligus membolehkan anda dengar setiap instrumen yang dimainkan dengan baik.

Hadir dengan pelbagai ciri premium yang berguna
nothing ear 2
Sumber Gambar: The Vocket

Ear (2) menampilkan sejumlah ciri menarik seperti pembatalan hinggar aktif (ANC), mod tembus bunyi dan juga ANC adaptif. Bagi ciri pembatalan hinggar aktif kali ini ia dilihat lebih baik berbanding sebelumnya.

Setakat bunyi frekuensi rendah seperti bunyi kipas atau penyaman udara boleh ditapis dengan baik.Tetapi untuk bunyi frekuansi yang tinggi seperti perbualan orang di sekeliling masih boleh didengari.

nothing ear 2
Sumber Gambar: The Vocket

Secara keseluruhannya, ANC pada Ear (2) cukup memadai untuk kegunaan kasual tetapi tidak sesuai buat mereka yang sering berada di dalam kawasan bising.

Untuk mod tembus bunyi, ia sangat berguna buat anda yang gemar mendengar muzik dalam masa yang sama mahu berwaspada dengan persekitaran sekeliling.

Sementara ciri baharu yang dibawakan iaitu ANC adaptif dilihat mampu berfungsi dengan baik. Personalized ANC dan Personalzed Sound Profile yang memerlukan ujian pendengaran dilakukan agak menarik untuk digunakan.

Lebih pintar dengan penyertaan teknologi terkini
nothing ear 2
Sumber Gambar: The Vocket

Nothing mendakwa yang ciri kecerdasan buatan mereka kali ini adalah lebih pintar kerana boleh membatalkan hingar untuk panggilan telefon yang lebih jelas.

Bukan itu sahaja, Ear (2) juga mempunyai pengesan telinga yang mana akan menghentikan sebarang muzik atau video yang sedang distrim apabila fon telinga dicabut. Jadi, anda boleh menfokuskan kepada perkara lain terlebih dahulu dan kemudian sambung mendengar muzik seperti biasa.

Jangka hayat bateri yang mantap
nothing ear 2
Sumber Gambar: The Vocket

Nothing Ear (2) turut mempunyai bateri yang boleh bertahan lebih lama. Kini boleh mencapai sehingga 36 jam dengan kerangka pengecas jika ANC tidak digunakan. Manakala dengan ANC adalah mencapai 22.5 jam. Menerusi fon telinga, bateri bertahan sehingga 6.3 jam tanpa ANC dan 4 jam jika diaktifkan.

Setakat penggunaan selama beberapa minggu, kami memang berpuas hati dengan prestasi bateri yang ditawarkan kerana boleh beroperasi lebih lama. Bukan itu sahaja, pengecasan pantas turut disokong dengan 10 minit bertahan sehingga 8 jam dan menyokong pengecasan wireless 2.5W.

Konklusi

Nothing Ear (2) merupakan antara fon telinga TWS terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran hari ini. Hal ini kerana penawaran kualiti audio yang baik di samping mempunyai rekaan yang premium.

Anda juga boleh menerokai beberapa mod menarik untuk kegunaan seharian serta membuat tetapan audio tersendiri menerusi aplikasi Nothing X.

Jika anda berminat, bolehlah dapatkan Nothing Ear (2) pada harga RM599 menerusi Shopee atau Lazada pada hari ini. Nothing Ear (2) dengan ini berjaya membuktikan bahawa terdapat sejumlah pembaharuan yang bakal menjanjikan pengalaman mendengar audio yang lebih syahdu.