Pada lewat malam semalam media sosial Lebuhraya DUKE (Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang) mengemaskini bahawa plaza tol yang ada di laluan mereka sudah mula menerima Sistem Pembayaran Terbuka bermula pukul 10 pagi ini.
Pengumuman itu menjadikannya sebagai satu lagi lebuhraya yang menerima pembayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit seperti di Lebuhraya BESRAYA, NPE dan MEX.
Baca Juga:
- Pengguna Lebuhraya BESRAYA, NPE Boleh Mula Bayar Tol Guna Kad Debit, Kad Kredit
- Pengguna Lebuhraya MEX Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit Mulai Hari Ini
- Ini 12 Plaza Tol Yang Bakal Guna Sistem Pembayaran Terbuka Mulai September Ini
Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) kini di Lebuhraya DUKE!
Pastikan anda berada di lorong yang betul jika menggunakan kad debit atau kad kredit sebagai mod pembayaran. pic.twitter.com/J7ble3gia1
— Lebuhraya DUKE (@LebuhrayaDUKE) August 28, 2023
Sama seperti ketiga-tiga lebuhraya sebelum ini, pengguna boleh menggunakan SPT dengan melalui lorong mempunyai papan tanda khusus yang boleh dilihat di gantri.
Setiap pengguna dinasihatkan memastikan baki kad debit atau kredit mencukupi terlebih dahulu sebelum melalui lorong tersebut. Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna masih boleh menggunakan kad TnG.
Pembayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit di Lebuhraya DUKE bermula hari ini! 28 Ogos 2023 jam 10pagi.
Pastikan anda berada di lorong yang betul#LebuhrayaDUKE #openpayment pic.twitter.com/iGbLEPA0ki
— Lebuhraya DUKE (@LebuhrayaDUKE) August 28, 2023
Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keseluruhan jumlah lebuh raya yang bakal terlibat dalam pelaksanaan SPT adalah 12 lebuh raya yang dijangka bermula pada September 2023.
Katanya lebuh raya terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).