Pada lewat malam semalam media sosial Lebuhraya DUKE (Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang) mengemaskini bahawa plaza tol yang ada di laluan mereka sudah mula menerima Sistem Pembayaran Terbuka bermula pukul 10 pagi ini.

Pengumuman itu menjadikannya sebagai satu lagi lebuhraya yang menerima pembayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit seperti di Lebuhraya BESRAYA, NPE dan MEX.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sama seperti ketiga-tiga lebuhraya sebelum ini, pengguna boleh menggunakan SPT dengan melalui lorong mempunyai papan tanda khusus yang boleh dilihat di gantri.

Setiap pengguna dinasihatkan memastikan baki kad debit atau kredit mencukupi terlebih dahulu sebelum melalui lorong tersebut. Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna masih boleh menggunakan kad TnG.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keseluruhan jumlah lebuh raya yang bakal terlibat dalam pelaksanaan SPT adalah 12 lebuh raya yang dijangka bermula pada September 2023.

Katanya lebuh raya terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).