Baru-baru ini tular isu sebuah kereta polis bantuan dibakar di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara. Sementara di stesen bas pula telah diconteng dengan kata-kata kesat.

Sehubungan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya berjaya melakukan tangkapan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

Baca Juga:

Suspek seorang warga tempatan berjaya ditahan dan serbuan di rumahnya yang terletak di Flora Damansara, di sini, sekitar jam 12 tengah hari tadi dan merampas barangan dipercayai digunakan untuk jenayah itu.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati tujuan lelaki itu melakukan perbuatan terbabit bagi mendapat ‘view’ tinggi di TikTok.

“Hasil siasatan suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing dapati dia positif dadah morfin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang masih bujang bekerja sebagai p-hailing sejak tiga tahun lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Sumber