Jika ada yang merancang ke Jepun dalam masa terdekat atau akan datang dan memilih Universal Studio Jepun sebagai salah satu destinasi pilihan anda, saya ada sedikit tips untuk anda. Diharap perkongsian saya ini dapat membantu anda.

1. Tiket masuk USJ boleh didapati di HIS Malaysia / Klook / walk-in

Beli tiket siap-siap dari Malaysia. Tapi kalau rasa larat untuk beratur lama boleh sahaja beli secara walk-in.

2. Sila datang awal

Pintu masuk USJ akan dibuka seawal jam 9 pagi. Jadi kalau boleh datang awal sedikit. Kalau datang lambat kemungkinan anda kena beratur panjang itu tinggi. Jadi, plan your time wisely.

45667884_2143968068971372_8183715064725897216_n

3. Elakkan pergi pada cuti persekolahan Jepun atau hujung minggu

Waktu terbaik adalah pada hari biasa, macam saya masuk hari selasa. Jadi orang tidak ramai, rezeki.

4. Sediakan bekalan

Memandangkan di dalam sana susah untuk mendapatkan makanan halal, jadi sediakan makanan anda sendiri. Boleh sahaja bawa makanan masuk, tidak menjadi satu masalah, yang penting tidak membuat sepah.

45655351_2143967622304750_4076365297563467776_n

5. Pilih single ride lane

Setiap ride akan ada tempoh masa menunggu. Jika ingin cepat sikit, boleh ambil single ride lane. Akan tetapi, jika anda ada budget lebih, boleh beli express pass, tepuk dada tanya poket.

6. Tahap kesihatan yang memuaskan

Pastikan kesihatan anda memuaskan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

45654776_2143968425638003_6695010023325564928_n

7. Recomended place to go 1st

  • The Wizarding Place of Harry Potter
  • The Flying Dinosaur
  • The Jurassic Park ride
  • Jaws
  • Minions

Pilihan saya adalah The Flying Dinosaur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

* ada beberapa tempat yang saya tidak masuk seperti Spider-Man atau Terminator sebb letih sangat. Jadi tidak boleh bagi rate. Mainlah segala ride dalam tu sampai puas.

6. Bawa duit lebih

Bawak duit banyak sikit, sebab dalam sana boleh shopping macam-macam.

45639788_2143967398971439_4342470733805387776_n

7. Tunggu sehingga USJ tutup

Kalau masih bertenaga, sila tunggu disana sehingga USJ tutup. Kebiasaannya akan ada night parade.

8. Memakai pakaian bersesuaian

Pakai baju yang bersesuaian, untuk wanita yang bertudung, sebelum menaiki ride macam The Flying Dinosaur, pekerja USJ akan klipkan tudung anda bagi mengelakkan tercabut. Jadi jangan risau.

45762721_2143967692304743_9214435829114470400_n

9. Gali semula watak kanak-kanak dalam diri

Berseronoklah kerana waktu kanak-kanak itu lebih indah.

Sekian sahaja perkongsian saya. Berbaloi untuk pergi ke USJ jika dah ke Jepun.

 

 

45642113_2143967308971448_1145229316963958784_o