Seorang lelaki tempatan, Victor Yong Jen Ong mencetus kemarahan rakyat di negara ini apabila mencadangkan agar Israel mewujudkan sebuah kedutaan di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam satu video temubual bersama pempengaruh Israel, Hananya Naftali. Tujuan kedutaan itu diwujudkan adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia mengenali budaya orang Yahudi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, beliau juga mahu Malaysia mengikut langkah negara Arab seperti Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Kedutaan Israel perlu dibina di Malaysia mengikut jejak langkah UAE dan Bahrain. Mereka akan membawa begitu banyak budaya ke Malaysia mengenai orang Yahudi.

“Menyedarkan kita semua tentang kebenaran yang sebenarnya, dan seperti kata pepatah ‘kebenaran akan membebaskan kita semua’,” kata Victor dalam video yang dikongsi menerusi platform X.

Dalam video tersebut kelihatan bendera Israel diletakkan sebelah Jalur Gemilang dalam biliknya. Hananya Naftali merupakan kakitangan yang bekerja bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Victor turut mendakwa selama ini masyarakat Arab telah merosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel.

Beliau menegaskan Hamas dan Fatah telah menyebarkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap Israel. Katanya, maklumat yang salah sengaja disebarkan bagi menentang kerajaan Israel di alam siber.

“Kita harus berhenti mempercayai penyamar, berita palsu dan maklumat salah yang dikeluarkan oleh mengenai orang Yahudi

“Terdapat beberapa organisasi Arab yang berpura-pura menjadi orang Yahudi dan mereka menipu dan berbohong dalam internet untuk menimbulkan tanggapan negatif terhadap negara Yahudi,” katanya.

Kata-kata Victor telah mengundangkan pelbagai kecaman dalam kalangan warga maya dan ada juga yang mencadangkan agar kerajaan melucutkan taraf warganegara lelaki itu.