Seorang lelaki berdepan saman fitnah sebanyak RM300 Ribu selepas beliau menulis satu review di Facebook untuk sebuah restoran.

Individu tersebut menulis aduan mengenai layanan yang kurang baik dialaminya ketika makan di restoran terbabit.

Menurut laporan, tidak berpuas hati dengan peraturan restoran, lelaki tersebut membantah dan menyebutnya sebagai “menghina maruah seseorang”.

Lelaki

Walau bagaimanapun, pemilik dan kakitangan enggan berganjak dan berkata, “Jika kami mengalah setiap kali pelanggan membuat kekecohan, kami akan kehilangan perniagaan tidak lama lagi.”

Perkara ini menyebabkan individu tersebut melepaskan kekecewaannya di Facebook dengan menulis ulasan buruk tentang restoran itu.

Lelaki Disaman Selepas Tinggalkan Reviu

Lelaki terbabit kemudiannya mengetahui bahawa restoran itu telah memfailkan saman terhadapnya kerana memfitnah dan menuntut pampasan sebanyak RM300,000.

Dalam perkongsiannya di satu group Facebook, dia berkata hanya mengadu tentang perkhidmatan yang buruk dan tidak pernah membayangkan dia akan disaman kerananya.

Lelaki

Di ruangan komen, terdapat netizen yang menyokong restoran itu dalam memfailkan tuntutan mahkamah, dengan alasan bahawa individu tersebut layak menerima apa yang akan menimpanya.

“Dia bukan sahaja mendedahkan nama restoran, malah dia juga mengambil gambar papan tandanya dan menyebarkannya ke seluruh media sosial.

“Dia layak mendapat kertas A4 (surat peguam),” tulis seorang netizen.