Lelaki ini berkongsi pengalaman serta realiti yang dihadapi sekiranya ada rakyat Malaysia yang mahu memiliki rumah di Jepun.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Nas Baharudin menyenaraikan beberapa faktor yang perlu diambil kira sekiranya mahu memiliki rumah di negara matahari terbit itu.
Baca Juga:
- Dr Maza Kecewa ‘Brand’ Kereta Jepun Keberatan Servis Kereta Rasmi

- 49 Peratus Syarikat Jepun Mempunyai Pekerja Orang Tua ‘Goyang Kaki’

- Saintis Jepun Jumpa Cara Potong Lebihan Kromosom Pada Pesakit Sindrom Down
Realiti Memiliki Rumah Di Jepun
“Pertama, pembeli mesti mengambil kira faktor lokasi yang sering mengalami bencana alam kerana Jepun merupakan sebuah negara yang sering mengalami bencana seperti gempa bumi dan tsunami.

“Elakkan kawasan yang memang terkenal berisiko banjir, tanah runtuh atau tsunami. Banyak kawasan selamat, malah rumah berpuluh tahun masih kukuh.
“Kami sendiri ada beli rumah hampir 70 tahun umurnya — tapi strukturnya mengalahkan rumah baru,” tulisnya.
Mengenai cukai, Jepun turut menggunakan konsep sama seperti Malaysia yang mana kawasan premium dikenakan cukai yang tinggi.
“Lokasi premium akan dikenakan cukai tinggi. Lokasi strategik tapi bukan prime city akan dikenakan kos lebih rendah.

“Kami ada 9 hartanah di Jepun, dan kos tahunan (api, air, cukai) sangat munasabah bila tahu cara pilih kawasan.
“Ramai takut sebab bahasa. Hakikatnya, saya tidak fasih langsung, tapi setakat nak cakap arigato tuh pandai lah.
“Meskipun begitu, urusan jual beli selesai tanpa masalah. Hidup berjiran aman.
“Ada memo & surat rasmi dalam dwibahasa bila mereka tahu kita orang luar ( Malaysia ) dan orang di sana sangat menghargai adab dan niat baik kita.
Nas turut menyentuh mengenai mitos yang mengatakan rumah lama adalah rumah berhatu.
“Ini memang mitos paling lawak. Ada tanya ada Juon tak? “Hantu Jepun” mungkin tak kacau orang asing sebab language barrier , jangan risau masing-masing tak faham each other. Gurau je!

“Hakikatnya banyak rumah lama hanya pernah diduduki orang tua yang meninggal sebab sakit. Di Malaysia pun rumah macam ni tetap laku keras.
“Generasi Baru lebih suka duduk dalam bandar & bersebelah keretapi dan modern , sebab tu rumah pinggir bandar ni banyak kosong,” tambahnya.
Nas turut menegaskan pembelian rumah di Jepun perlu menggunakan wang tunai.
“Semua pembelian ini guna duit cash, bukan pinjaman bank (orang luar memang tak boleh guna pinjaman tempatan). Jadi, kita sendiri kawal bajet ikut kemampuan.