Pada minggu ini, dapat dilihat beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengadakan majlis konvokesyen yang melihatkan sejumlah besar para pelajar akhirnya berjaya mendapatkan segulung ijazah seperti yang diimdamkan selepas beberapa tahun berkorban.

Disebalik kegembiraan yang dikongsikan di media sosial, lelaki dengan nama Tun Fairuz di Twitter berjaya mencuri perhatian netizen melalui perkongsian beliau mengenai pengorbanan yang dilalui isteri beliau sepanjang mendapatkan PhD selama 8 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/tunfairuz/status/1177841563994599425

Menurut Tun Fairuz, perjalanan isteri beliau mendapatkan PhD bukanlah mudah dan penuh dengan pelbagai ujian. Bermula daripada mendaftarkan diri sewaktu zaman bujang, mereka kemudiannya berkahwin, bekerja, dianugerahkan anak dan seterusnya diuji dengan kematian anak. Kini beliau telah dianugerahkan seorang lagi anak yang turut bersama di hari penuh bersejarah buat isterinya.

Disebalik tugas beliau sebagai pelajar, isteri beliau sentiasa mementingkan keluarganya serta tugas beliau sebagai seorang isteri. Dalam pada itu, dalam usaha mahukan yang terbaik buat si isteri, Tun Fairuz kerap membantu memasak dan membersihkan rumah bagi memberi ruang buat isterinya memfokuskan kepada kerjanya.

Pernah berniat untuk berhenti belajar

https://twitter.com/tunfairuz/status/1177842592383455232

Umum tahu melanjutkan pelajaran sehingga ke PhD dan menghabiskannya bukanlah tugas yang mudah malah ujian yang menimpa si isteri turut membuatkan beliau pernah terfikir untuk berhenti perjalanan beliau. Walau bagaimanapun, dorongan dan kata-kata semangat daripada suaminya yang membuatkan beliau berjaya menyelesaikan apa yang dimulakan.

https://twitter.com/tunfairuz/status/1177844047446249473

Pada hari yang penuh bahagia buat keluarga ini, Tun Fairuz nampaknya tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen isteri beliau berikutan mempunyai tugas di Frankfurt. Walau bagaimanapun, beliau turut meluahkan kegembiraan beliau untuk dikongsikan bersama netizen.

https://twitter.com/fadhilsalimi/status/1177914903392210944

Perkongsian beliau telah membuatkan netizen sebak dan bangga dengan pencapaian yang keluarga ini yang tidak putus asa serta sifat Tun Fairuz yang sangat membantu. Tahniah diucapkan buat keluarga Tun Fairuz diatas pencapain yang diperoleh si isteri serta dorongan daripada seluruh keluarga.

Bersempena dengan musim majlis graduasi, kami kongsikan kepada anda beberapa artikel lain yang berkaitan. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Berbekalkan Ijazah, Gadis Ini Dapat Sambung PhD Dan Biasiswa Belajar Di Australia

Setiap Universiti Ada Garis Panduan Tersendiri Dalam Memberi Ijazah Kehormat Dan Ini Antara Contohnya

Surat Terbuka Seorang Wanita Buat Semua Pemegang Ijazah Di Luar Sana. Ia Buat Kami Berfikir