Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tangkap layar sebuah pengakuan di IIUM dimana seorang lelaki meluahkan isterinya yang sedang hamil mengidam bau bekas teman lelakinya.

Menerusi perkongsian tersebut yang dikongsikan kembali di Twitter, pada awalnya lelaki itu menyangka bahawa ia hanya gurauan semata-mata tetapi si isteri nekad untuk meminta suaminya mencari wangian yang sering dipakai oleh bekas teman lelakinya itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Disebabkan berasa kasihan dengan anaknya yang dikandungkan oleh isterinya, maka si suami sanggup berhabis duit untuk membeli segala jenis wangian tetapi isterinya masih tidak berpuas hati sehingga tarik muka dengannya.

Oleh itu, dia telah meminta isterinya untuk menghubungi bekas kekasihnya itu dan meminta lelaki berkenaan menghantar wangian yang dipakai olehnya. Akan tetapi, diakhir cerita rupa-rupanya si isteri pernah curang dengan bekas teman lelakinya.

Lebih mengejutkan lagi apabila anak yang dikandungnya bukanlah dari benih suaminya tetapi dari bekas kekasihnya itu dan dia kecewa apabila tahu keputusan paternity.