Walaupun sudah masuk tahun 2025, masalah ulat parking masih lagi tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

Terdapati lagi beberapa kawasan yang menjadi ‘lubuk’ untuk ulat parking mengenakan caj tidak masuk akal.

Baca Juga:

Baru-baru ini pengguna TikTok @apitbull69 berkongsi pengalamannya dihampiri oleh dua ulat parking  yang cuba meminta bayaran daripadanya.

@apitbull69

Senang buat duit eh kat area bukit bintang@jalan alor, ni modal torchlight, naik motor x pakai helmet , terjerit2 auto parking ni nenek dia yg punya suke2 ambil duit, #malaysia #viralmalaysia #fyp #bukitbintang #jalanalor

♬ original sound – apitbullmmaᴮʳᵃʷˡᵉʳ🥊 – apitbullmmaᴮʳᵃʷˡᵉʳ🥊

“Tak habis-habis dari dulu penjaga parking haram ini pau duit parking haram dengan harga yang tinggi.

“Kalau tidak bayar, berkemungkinan kereta kena calar.

“Jadi ambil video rakam, senang nak jadikan bukti kalau terjadi apa-apa,” katanya.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta awam di Jalan Alor, Bukit Bintang.

Warganet menyokong tindakan lelaki berkenaan tidak mengendahkan permintaan kedua-dua ulat parking terbabit dengan tegas.

Pada masa sama orang ramai berpendapat kedua-duanya itu adalah warga asing, berdasarkan cara percakapan mereka.

Netizen berharap pihak berkuasa dapat turun padang, menyelesaikan masalah ulat parking yang masih lagi berleluasa di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.