Pada satu hari, Jonathan Lee Riches telah cuba menyaman ibunya kerana gagal membesarkannya dengan baik. Apa yang berlaku, dia benar benar menang kes dan mahkamah mengarahkan ibunya membayar sejumlah tuntutannya.
Bermula dari situlah Riches mula menjadikan saman sebagai gaya hidup dan sumber pendapatan serta hobi.
Setelah berjaya menyaman ibunya, dia mulai menyaman rakan rakannya, jiran, saudara maranya, polis, tunang, hakim dan banyak lagi.
Dia kemudian mensasarkan saman lebih besar. Antaranya, dia menyaman George W. Bush, Britney Spears & Steve Jobs serentak dalam satu tuntutan saman.
Riches mendakwa George W. Bush dan mereka yang dia senaraikan, semua berkomplot dalam satu konspirasi global untuk mengawal minda rakyat Amerika dalam pelbagai cara dan bidang.
Menurut Riches: “George W. Bush telah menggunakan gelombang mikro, internet, dan satelit NASA untuk memanipulasi otak manusia.
Dia juga menuduh Bush menyembunyikan aset di bawah nama orang lain dan menggunakan kod rahsia dalam permainan video untuk menghantar mesej kepada CIA.
Lalu dia meminta pampasan berjuta-juta dolar, dan mahu Bush “dihalau dari pejabat kerana jenayah terhadap manusia.”
Namun kes ini dia gagal, kerana banyak dokumen dia kemukakan dianggap bersifat khayalan.

Mujur nama nama tersebut tidak menyaman dia balik atau membuat tuntutan daripadanya.
Tidak berputus asa, dia kemudian menyaman siri TV popular X-Files yang dianggap satu konspirasi mengawal minda manusia.
Difahamkan, peguamnya cuma bercakap kira kira 10 saat, terus kerani mahkamah tergelak kecil mendengarnya. Mahkamah sekali lagi menolaknya.
Kes seterusnya, akibat ketagih makan aiskrim, yang dianggap memudaratkan kesihatan dan membazirkan wangnya, dia menyaman syarikat Ben & Jerry’s Ice Cream.Tuntutan gagal!
Saman benda tak bernyawa
Tidak terhenti di situ, dia turut mengemukakan saman ke atas Eiffel Tower. Dia bukan menyaman syarikat pemaju atau pembinaan namun dia menyaman Eiffel Tower yang tidak bernyawa itu.
Ini kerana dia tidak merasakan suasana romantis ketika berkunjung ke situ. Hujahnya: “Ini satu pembohongan budaya, emosi dan romantisme palsu.”

Saman Presiden Iran dan NBA
Pada 2008, dia memfailkan saman ke atas Ahmadinejad atas tuduhan “bersekongkol dengan Al-Qaeda, Osama bin Laden, dan NBA.” Ya, NBA — liga bola keranjang Amerika itu.
Dia berkata: “Ahmadinejad, bersama Osama bin Laden dan NBA, berkomplot mencuci otak remaja Amerika melalui muzik rap dan permainan video.”
Dia menuntut kerajaan Iran membayarnya USD250 billion. Dan sudah tentunya tuntutan itu tidak dilayan dan dibakulsampahkan kerani mahkamah.

Satu lagi video game yang dia cuba sama adalah GTA. Kerana menurutnya permainan video itu telah mempengaruhi otaknya untuk melakukan jenayah.
“Jika saya melakukan jenayah, itu semua salah GTA. Mereka membuatkan saya terfikir bahawa mencuri kereta, menipu orang dan menyerang polis perkara normal, saya mahu saman GTA USD500 juta.”
Hakim juga menolak tuntutan ini dan menegaskan bahawa setiap pemain perlu bijak dan bertanggungjawab ke atas moral mereka sendiri, bukannya menyalahkan video game di atas jenayah mereka.
Diiktiraf Guinness World Records
Tidak lama selepas itu, Guinness World Records mengiktiraf Jonathan Lee Riches sebagai manusia paling banyak memfailkan saman. Guiness mesti fikir dia gembira dengan rekod itu?
Tidak! Riches menyaman Guiness kerana dianggap menulis laporan palsu. Mereka menulis Lee Riches terlibat dalam 5,000 tuntutan saman. Riches menegaskan bahawa dia cuma membuat sekitar 4,000 tuntutan saman.
Dia juga menyaman Guiness World Records kerana menggunakan namanya dalam buku rekod mereka tanpa izinya. Guiness mengumumkan mereka mengeluarkan serta merta namanya.
Dan dia tiada lagi dalam senarai pencipta rekod dunia. Mahkamah menolak tuntutan Riches.
Dan setelah begitu banyak saman difailkkannya, akhirnya mahkamah di Amerika menetapkan bahawaa Jonathan Lee Riches tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan saman lagi tanpa kebenaran bertulis oleh ketua kehakiman negara.
@finworthmedia Who is Jonathan Lee riches?#fypシ゚viral #fypシ #viral #jonathanleeriches #jonathanleerichesinvestigates #johnathanleeriches
Kisah Jonathan Lee Riches ini lebih kepada kuantiti berbanding kualiti. Dia banyak menyaman namun kebanyakan samannya ditolak kerana dianggap khayalan.
Dalam erti kata lain, mahkamah pun ‘surrender’ dengan Riches.
Sebenarnya banyak lagi saman pelik pelik dia buat termasuk menyaman Pope Benedict XVA, Elvis Presley, Paris Hilton dan internet.
Mungkin artikel ini juga boleh disaman Lee Riches bila bila masa. Atau anda yang sedang membaca artikel ini tiba tiba mendapat LOD. Dia aktif di TikTok ketika ini.