Seorang lelaki di Jepun berjaya meraih pendapatan lebih RM300 Ribu setahun hanya dengan menjadi teman kepada individu yang kesunyian.
Shoji Morimoto yang berusia 40 tahun menyediakan perkhidmatan sewa kepada mana-mana individu yang memerlukan teman untuk pelbagai acara seperti makan, berjalan dan aktivti lain.

Baca Juga:
- Sekumpulan Wanita Jepun Ini Ikrar Mahu Membantu Negara Mereka Meningkatkan Populasi
- Penjual Teh Masala Atas Basikal Di Kuala Lumpur Ini Mampu Raih RM100,000 Sebulan
- Buriram United Raih RM2.78 Juta Jual Jersi ‘Pink’
Morimoto mengenakan caj sebanyak $100 atau sekitar RM412 untuk tempoh masa satu hingga dua jam dimana beliau akan menemai klien dalam aktiviti yang mereka mahu lakukan.
Tokyo man earns $80K a year renting himself out as a ‘do-nothing’ companion, but doesn’t befriend clients.
Shoji Morimoto, 40, charges $100 per 2-3 hour session. Since 2018, over 1,000 people, both locals and foreigners, have hired him to combat loneliness. pic.twitter.com/ClhrvxYjTe
— BoreCure (@CureBore) September 23, 2024
“Pada asasnya, saya menyewakan diri saya sendiri. Tugas saya adalah berada di mana sahaja pelanggan saya mahu saya berada dan tidak melakukan apa-apa secara khusus,” katanya.
Sebelum Morimoto menekuni bidang yang diceburi sekarang, dia bekerja di sebuah syarikat penerbitan dan sering dicela kerana “tidak melakukan apa-apa”.
“Saya mula tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika saya menyediakan keupayaan saya untuk ‘tidak berbuat apa-apa’ sebagai perkhidmatan kepada pelanggan,” ujarnya.
Pada awal tahun ini, Morimoto menawarkan perkhidmatan baharu dimana klien boleh meminta beliau untuk menemani mereka tanpa sebarang bayaran namun harus membayar kos perjalanan dan juga makan minum lelaki Jepun itu.
Morimoto menegaskan beliau bekerja sebagai peneman sepenuh masa dimana beliau turut menanggung isteri dan seorang anak.
Dalam dunia yang penuh cabaran ketika ini, manusia perlu lebih kreatif dalam mencari sunber pendapatan dan Morimoto merupakan contoh terbaik dalam hal bijak mengambil peluang dan memanfaatkan kemampuan yang dimiliki.