Sebut sahaja nama Nasi Kandar Saddam, pasti peminat nasi kandar terliur membayangkan sepinggan nasi penuh dengan lauk-pauk.

Baru-baru ini seorang lelaki Jepun yang sudah menetap di Malaysia selama 4 tahun memuat naik video pengalamannya pergi ke salah satu cawangan nasi kandar popular itu di Segambut.

Baca Juga:

Para pekerja di sana melayan setiap permintaannya; sepinggan nasi, kuah campur, Ayam Bawang, kobis, peria goreng dan sotong.

Menurut lelaki Jepun itu, ini pertama kali melihat lauk-pauk yang banyak sehingga menutupi nasi.

“Kesemua kegembiraan ini (lauk-pauk) di dalam satu pinggan. Rasa seperti di syurga,” katanya.

Selepas menikmati sepinggan nasi kandar berharga RM25, lelaki Jepun itu dihidangkan dengan air teh istimewa, Teh Masala.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen setempat. Ramai menyatakan dia datang ke kedai nasi kandar yang terbaik.

Warganet meminta lelaki Jepun itu untuk makan bersama papadom untuk menambahkan rasa sedap nasi kandar.

Dalam masa sama, rata-rata memintanya makan nasi kandar dengan menggunakan tangan kerana itulah ‘rahsia’ nasi kandar berasa sedap.