Kota Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai salah satu tempat yang sibuk padat dengan pelbagai jenis kenderaan, lebih-lebih pada waktu pagi dan petang.

Baru-baru ini seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila pengguna jalan raya di bandar raya itu tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah dan lampu pejalan kaki berwarna hijau.

Lelaki itu turut berkongsi rakaman video pendek berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa motosikal dan kereta tetap meluru laju melepasi lampu isyarat berwarna merah.

“Pagi tadi kami sekeluarga berjalan dari hotel ke KLCC. Apabila sampai pejalan kaki melintas, alangkah terkejutnya kami apabila tidak ada satu pun kereta berhenti walaupun lampu mereka sudah merah.

“Nasib baik anak-anak tak terus lari lintas jalan,” petik hantaran asal Facebook itu.

Tambah lelaki itu lagi, lampu isyarat itu tidak rosak kerana dia sekeluarga melihat sendiri lampu isyarat bertukar warna merah pada waktu kejadian.

Perkongsian video pendek itu telah mendapat lebih 3,300 kali perkongsian semula dan 1,600 komen daripada warganet. Pelbagai respon diberikan setelah mereka menonton video tersebut, ramai rasa kecewa menyatakan pengguna jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur tidak mempunyai sifat empati untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki.

Ada juga mencadangkan pihak berkuasa untuk meletakkan bonggol sebelum lampu isyarat supaya kenderaan dapat perlahan dan sedar lampu isyarat ada di hadapan.

Sumber Gambar: Facebook Hijaz Ridzwan
Sumber Gambar: Facebook Hijaz Ridzwan
Sumber Gambar: Facebook Hijaz Ridzwan

Untuk makluman, terdapat dua warna lintasan belang yang diguna pakai seluruh dunia iaitu kuning dan putih.

Lintasan belang putih — pengguna jalan raya wajib berhenti jika nampak ada pejalan kaki sedang melintas atau berhenti di tepi lintasan.

Lintasan belang kuning — kedua-dua pengguna jalan raya dan pejalan kaki perlu peka siapa yang sampai terlebih dulu. Jika pejalan kaki sampai dulu, pengguna jalan raya wajib berhenti dan berikan laluan. Jika pengguna jalan raya sampai dulu, pejalan kaki pula wajib tunggu dan berikan laluan.

Baca lagi beberapa artikel yang meraih jumlah bacaan tertinggi di kalangan pembaca The Vocket pada minggu lalu.

‘Apa Salah Saya?’ – Lelaki Keliru Kereta Myvi Kena Clamp Walau Parkir Di Petak Kosong

‘Public Transport Jadi Public Toilet’ – Wanita Selamba Buang Air Kecil Dalam MRT

Tanya Dahulu Sebelum Masuk Parkir, Tindakan Pemandu Honda Ini Dipuji Netizen