Baru-baru ini seorang pemandu Honda dipuji netizen apabila tindakannya bertanya mengenai ruangan parkir kosong kepada pemandu lain telah mencuri perhatian ramai.

Pada awal video berdurasi 36 saat itu, kelihatan kereta perakam video itu berhenti di kawasan parkir sebelum datang sebuah Honda BR-V memotong dari belakang untuk menunggu (sambil membuka lampu signal) sebuah Proton Saga keluar dari ruang kotak parkir.

Namun sebelum dia masuk ke dalam ruang kotak parkir yang kosong itu, lelaki itu keluar daripada keretanya dan menuju ke arah kereta belakang untuk bertanya sama ada pemandu itu berhenti kerana menunggu ‘ruang parkir’ di hadapan mereka.

Bagaimanapun pemandu kereta belakang dipercayai menyatakan dia tidak menunggu ruangan parkir itu, lalu lelaki yang memandu Honda itu kembali semula ke dalam keretanya dan terus meletakkan keretanya di dalam ruang tempat letak kereta tersebut.

Rata-rata ramai netizen yang menonton video pendek itu menyatakan pemandu itu satu dalam seribu kerana mempunyai akhlak budi pekerti yang tinggi sanggup turun daripada kereta untuk bertanya terlebih dahulu — tidak mahu ambil kesempatan ke atas orang lain.

Sumber Gambar: TikTok @malaysianupdatenews
Sumber Gambar: TikTok @malaysianupdatenews
Sumber Gambar: TikTok @malaysianupdatenews

Dalam pada itu, orang ramai juga berpendapat mungkin dia juga sedang dalam keadaan terburu-buru untuk pergi ke suatu tempat sekitar kawasan itu kerana kelihatan dia berlari-lari anak menuju semula ke arah keretanya selepas mendapat kepastian daripada pemandu di belakangnya.

Semoga ‘tindakan kecil’ pemandu Honda itu menjadi tauladan buat orang ramai yang boleh dicontohi pada masa akan datang.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Gara-gara gerai kena review dengan Khairulaming, peniaga nasi lemak ini tidak menang tangan terima sejumlah pelanggan lebih ramai daripada sebelumnya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Khairulaming Effect’, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Cara Lelaki Dan ‘Uncle’ Ini Selesaikan Kes Kemalangan Secara Profesional Dipuji Ramai

Risau Kain Jemuran Jiran Basah, Tindakan Pantas ‘Uncle’ Ini Selamatkan Ampaian Dipuji Netizen