Baru-baru ini tular satu klip video seorang pemandu Honda City bertindak agresif di atas jalan raya dan memukul pemandu Proton Satria.
Menerusi satu kenyataan Polis Daerah Bentong, Ketua Polis daerah itu, Supt Zaiham Mohd Kahar menyatakan mangsa dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Subang Jaya.
Baca Juga:
- ‘Apa Salah Saya?’ – Pemandu Honda Civic Dikecam, Kejar & Himpit Penunggang Motosikal

- ‘Kami Ada Peguam, Kami Akan Lawan’ – Keluarga Mangsa Ketiga Nahas Dirempuh Honda Jazz

- Pemandu Honda Jazz Rempuh 2 Remaja Disahkan Tiada Lesen Memandu

Semasa kejadian yang berlaku pada 3 Ogos lalu, jam 9 pagi itu, suspek (pemandu Honda City) bertindak memandu secara berbahaya dengan brek mengejut, serta menghalang laluan mangsa.
“Setelah mangsa berjaya memotong kereta Honda terbabit, suspek telah mengejar dan melanggar bahagian belakang kenderaan mangsa.
“Mangsa telah memberhentikan kenderaannya di KM 10.3 turun Genting Highlands. Tiba-tiba suspek telah menyerang mangsa dengan menumbuk di bahagian muka, serta mencederakan leher pengadu,” kata Supt Zaiham.
Seorang rakan lelaki dan perempuan kepada mangsa segera meleraikan pergaduhan tersebut.
Pemandu Honda direman
Suspek berusia 24 tahun ditahan di IPD Bentong bagi membantu siasatan.
Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 kanun keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Suspek ditahan reman selama 4 hari sehingga 7 Ogos lalu.