Tular baru-baru ini satu ciapan dikongsi oleh pengguna media sosial @akuskizo yang mendedahkan kisah pedih dan peribadi mengenai rakan lelakinya yang bekerja di luar pesisir atau ‘offshore’ yang mendapati empat daripada enam anaknya secara biologi bukan darah dagingnya.

Pendedahan ini telah mencetuskan perbincangan dalam talian mengenai kesetiaan, tanggungjawab dan kerumitan ikatan kekeluargaan apabila pasangan perlu bekerja di jauh dari keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut catatan itu, rakan lelaki yang identitinya tidak didedahkan, telah mengetahui apa yang dilakukan isterinya di belakang beliau sambil menasihati orang ramai yang bekerja ‘offshore’ untuk memastikan mereka memeriksa DNA anak mereka jika merasa ada sesuatu yang curiga.

Di sebalik kebenaran yang pahit itu, lelaki itu difahamkan telah memilih untuk bertahan bersama isterinya demi dua anak yang secara biologi adalah miliknya.

Ciapan @akuskizo ini telah mendapat perhatian ramai, mendorong komen daripada netizen sambil ada yang menyatakan pendapat dan mengemukakan soalan tentang situasi tersebut.

Ada yang mempersoalkan kesetiaan isteri rakannya, manakala yang lain membuat spekulasi mengenai motif dia berkahwin dengan pekerja luar pesisir.

@akuskizo bahawa tiga daripada anak mereka adalah perempuan, perancangan telah dibuat sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Situasi ini membuatkan sebahagian rasa tersentuh, dengan ramai menyatakan simpati terhadap lelaki tersebut dan memikirkan keputusan sukar yang dibuat olehnya.

Selain itu timbul persoalan sama ada isteri telah belajar daripada pengalaman itu dan bagaimana kesan terhadap keluarga tersebut setelah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut.

@akuskizo mendedahkan bahawa idea untuk memeriksa DNA kanak-kanak itu timbul secara kebetulan apabila rakannya bertemu doktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Sumber