Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di kilometer 22.2 Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), 14 Jun lalu.

Memetik Buletin TV3, tertuduh, Mudzyadaha Mohamad 42 tahun membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Ampang di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda maksimum RM50,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang berbalut tangan itu juga diarah lapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran selain diperintah untuk melakukan pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Ogos depan.