Tular di media sosial sebuah video memaparkan keadaan cemas yang berlaku dimana berlaku adegan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1.

Difahamkan, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian itu.

Baca Juga:

Mangsa dipercayai seorang pengawal peribadi parah akibat terkena tembakan berkenaan dan mendapat rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi dan motif kejadian masih dalam siasatan serta ia diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh.

Kini, usaha memburu dan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan.