Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim menyatakan suspek lelaki yang bergaduh dengan sepasang suami isteri kerana merokok telah dicekup semalam.
Menurut beliau suspek berusia 49 tahun dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang di Persiaran Kayangan Seksyen 9 di sini selepas pulang menunggang motosikal dari Thailand, petik Kosmo.
Baca Juga:
- Polis Kenal Pasti Suspek Serang Suami Isteri Kerana Bengang Ditegur Merokok Di Kedai Makan

- Jemaah Haji Indonesia Jadi Punca Panik Di Mekah, Merokok Dalam Bilik Hotel Sampai Alarm Kebakaran Berbunyi

- Bagaimana Merokok Boleh Mempengaruhi Fungsi Otak Dan Daya Ingatan Anda
Hasil siasatan mendapati suspek bekerja sebagai mekanik bengkel motosikal.
“Suspek telah berjaya ditangkap sekitar daerah ini selepas baharu pulang ‘ride’ dari Thailand.
“Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk reman,” katanya hari ini.
Pada masa sama suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.