Sindiket pengemis yang mendakwa sebagai pelarian dari negara seperti Gaza sudah lama bertapak di Malaysia dan masih terus mekar tanpa menemui titik noktah.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang didakwa seorang warga Palestin berjaya membongkar satu sindiket yang berleluasa di sekitar Kuala Lumpur menyamar sebagai rakyat Gaza untuk meraih simpati dan derma dari warga tempatan.

Berdasarkan video berkenaan, lelaki Palestin itu telah terserempak dengan beberapa individu yang dipercayai penipu yang menggunakan identiti rakyat Gaza dan memilih kawasan tumpuan awam di sekitar Kuala Lumpur sebagai sasaran.

Lelaki Palestin ini malah sempat menemu ramah salah seorang pengemis terbabit dalam mendapatkan kepastian identiti sebenar mereka dan difahamkan majoriti datang dari Syria.

Beri alasan tidak mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris, lelaki itu lantas bertutur dalam Bahasa Arab dan menyoal asal usul sebenar.

Jawab berasal dari Beersheba namun bila disoal berasal dari suku kaum mana dan lokasi spesifik langsung terdiam seribu bahasa.

Untuk mendapatkan kepastian yang mutlak, dia turut mengesyorkan wanita itu untuk menunjukkan kad identiti Palestin sebelum memberi sebarang sumbangan.

Terdapat seorang wanita dan lelaki yang berada di kawasan yang sama turut beredar sebaik kegiatan mereka telah dibongkarkan oleh lelaki Palestin tersebut.

“Mereka bukan dari Gaza, mereka mengatakan mereka dari Gaza dan mengambil wang dari rakyat di Malaysia”, teriaknya di tengah orang ramai sebagai peringatan.

Selepas itu, dia menyimpulkan bahawa mereka sebenarnya datang dari Syria namun menyalah gunakan bendera dan identiti sebagai rakyat Palestin untuk meraih derma dari rakyat Malaysia.

“Saya dari Palestin okay, pergi dan berbohong kepada orang awam. Lihat lelaki ini yang mengakui sebagai Palestin namun melarikan diri sekarang,” kongsinya.

Oleh itu, di hantaran asal, lelaki Palestin ini meminta orang ramai untuk berwaspada dengan sindiket pengemis pelarian yang menyamar sebagai rakyat Palestin di sekitar Kuala Lumpur.

Dia menegaskan sekali lagi bahawa setakat yang dijumpai di kawasan itu tiada seorang pun memang asal dari Palestin.

 

 

 

Sumber