Seorang lelaki dari Singapura sedang mendapatkan potongan rambut di sebuah salun di Paradigm Mall, Johor Bahru terkejut apabila dua lelaki bertopeng masuk ke dalam premis tersebut dan menyimbah seluruh kawasan itu dengan cat merah.

Memetik portal dari Singapura, daripada beberapa gambar yang dikongsi oleh mangsa, cat merah meliputi beberapa bahagian di dalam salun, serta pada kepala dan pakaian mangsa.

Baca Juga:

Bercakap kepada Mothership, Douglas Ang berkongsi bahawa para pekerja salun cuba menghalang dua lelaki tersebut dengan menjerit ke arah mereka, namun tidak berhasil.

Lelaki Dari Singapura Terkejut Salun Diserang 'Bom Cat Merah' Semasa Potong Rambut
Sumber Gambar: Facebook Douglas Ang

“Saya rasa mereka pun takut nak mendekati secara fizikal,” katanya.

Kira-kira lima orang pelanggan berada di dalam salun ketika kejadian berlaku.

Ang menambah bahawa mereka menutup premis sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu beredar.

Lelaki Dari Singapura Terkejut Salun Diserang 'Bom Cat Merah' Semasa Potong Rambut
Sumber Gambar: Facebook Douglas Ang

Para pekerja kemudiannya membeli paint thinner untuk membantu membersihkan cat daripada pelanggan, serta membeli pakaian baharu bagi mereka yang terkena percikan cat.

Ang berkata dua orang pekerja salun telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan sejurus selepas kejadian.

Memetik portal itu lagi, pihak salun menyatakan perniagaan mereka kini diteruskan seperti biasa.

Dan pihak salun menafikan mereka berhutang dengan mana-mana pihak lain.

Sumber