Tular klip video seorang lelaki melakukan sentuhan fizikal terhadap penunggang motosikal.
Menerusi rakaman dashcam sebuah kenderaan di tempat kejadian, lelaki terbabit melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.
Baca Juga:
- Kumpulan Konvoi Motosikal Selamba Ramai Ramai Guna Laluan Tol

- ‘Apa Salah Saya?’ – Pemandu Honda Civic Dikecam, Kejar & Himpit Penunggang Motosikal

- Remaja Biadap Kutuk Motosikal Pemberian Ayahnya Dan Mahu Yang Berharga RM12,000

Apabila dia hampir ke seberang, sebuah motosikal terpaksa brek mengejut untuk mengelak perlanggaran.
— @ (@anthraxxxx) September 25, 2025
Lelaki itu memaling ke arah penunggang motosikal dan menggosok belakangnya.
Dia juga menepuk-menepuk topi keledar, kemudian memarahi penunggang motosikal tersebut.
Kemudian dia bertindak menepuk muka penunggang motosikal beberapa kali.
Dia juga mengacah cuba menghayun tamparan.
Apabila penunggang motosikal lain lalu kawasan kejadian, lelaki terbabit menceritakan apa yang terjadi ke atasnya.
Netizen marah tindakan lelaki terhadap penunggang motosikal
Rata-rata warganet marah dengan tindakan lelaki yang tidak berhati-hati semasa melintas jalan raya.
“Awak lintas dekat jalan yang tidak ada garisan, awak tak boleh marah penunggang motorsikal. Awak yang salah.
“Kena dekat orang yang garang, kena balas juga lelaki itu. Melintas dekat bukan tempat dia, lepas itu nak ketuk-ketuk kepala org pula.
“Dia jalan tegak, tiba-tiba dia pula nak marah? Kalau dah terbaring tegak dekat atas jalan baru tahu.
“Dah terang-terang awak lintas tak tengok kiri, masih nak tunding jari salah pada penunggang motosikal,” kata netizen.
Dalam masa sama netizen memuji penunggang motosikal yang tidak bertindak balas sehingga boleh menyebabkan perkara jadi lebih teruk.