Seorang lelaki di United Kingdom menyertai perlumbaan naik bukit menggunakan kereta kebangaan Malaysia iaitu Proton Saga.
Menurut perkongsian Jon Coupland Cars, beliau menggunakan Saga miliknya untuk menyertai Hagerty Hill Climb edisi 2025 yang diadakan baru-baru ini.
Baca Juga:
- Beli RM3,363, Wanita Malta Ini Kagum Dengan Keselesaan Perodua Kelisa
- Proton e.MAS Di Singapura Berharga Lebih RM570,000, Boleh Beli Semi-D Di Malaysia
- Proton X50 & X90 Jadi ‘Safety Car’, ‘Support Car’ Acara Lumba Kereta Terkemuka Di Afrika Selatan
Naik Bukit Guna Proton Saga
“Hebatnya, ini bukan imej yang dihasilkan oleh AI dan saya baru sahaja mendaki bukit dengan memandu sebuah Proton. Nantikan video untuk acara ini,” tulis Jon di laman Facebook miliknya.
Di ruangan komen, beberapa mat saleh turut berkongsi pengalaman mereka memandu kereta Proton yang disifatkan sebagai reliable dan senang untuk dijaga.

Selain itu, rakyat Malaysia tidak ketinggalan dengan berkongsi kenangan serta pengalaman menggunakan Proton Saga, baik sebagai first car atau kereta yang masih digunakan ketika ini.
Hagerty Hill Climb edisi 2025 diadakan di Shelsley Walsh untuk meraikan 120 tahun acara sukan permotoran bersejarah ini.
Salah satu acara sukan permotoran tertua di dunia, Shelsley Walsh telah menganjurkan perlumbaan mendaki bukit sejak 1905 dan merupakan satu-satunya acara yang masih menggunakan laluan asalnya.

Selain Saga, beberapa kereta lain yang digunakan oleh peserta dalam kejohanan edisi kali ini termasuk, Audi quattro, Lancia Delta Yellow, MG Metro 6R4, Porsche 911 GT3, Renault Maxi 5 Turbo WRC, Rover SD1, Subaru Impreza.