RC Lens menolak secara terbuka permintaan PSG untuk menunda aksi Ligue 1 kedua dua pasukan.
PSG sebelum ini meminta aksi ditunda sebagai persiapan untuk menentang Liverpool di Anfield selepas aksi di Paris.
Di mana aksi menentang Lens berada di celah celah jadual perlawanan timbal balik PSG vs Liverpool.
Lens berkata: “Pada 6 Mac lalu, jadual perlawanan antara Racing Club de Lens dan Paris Saint-Germain telah ditetapkan, sekaligus memuktamadkan satu kerangka yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak.
“Dalam semangat tanggungjawab dan keseimbangan, Racing Club de Lens sejak awal lagi telah memaklumkan kepada Paris Saint-Germain bahawa kami tidak mahu tarikh tersebut diubah.
“Setia kepada prinsip kestabilan sukan, kami juga memilih untuk tidak membuat sebarang kenyataan umum mengenai perkara ini.
“Namun begitu, semakin banyak kenyataan yang muncul, campur tangan dan pelbagai kritikan kebelakangan ini memaksa kami untuk tampil bersuara.”
Lens seterusnya menyindir tindakan pasukan Ligue 1 yang beraksi di UCL, seringkali meminta pasukan lain berkorban untuk mereka, hanya kerana cita cita eropah mereka.
Menurut Lens hanya di Ligue 1 di mana pasukan pasukan yang beraksi di Eropah ini akan mengambil kesempatan cuba meminta pasukan lain berkorban untuk mereka dan mengabaikan kepentingan liga domestik.
Lens menambah: “Kami melihat satu kecenderungan yang membimbangkan sedang berlaku — iaitu kejohanan liga Perancis semakin dilihat sebagai sekadar “pemboleh ubah” yang boleh disesuaikan mengikut keperluan jadual Eropah bagi sesetengah kelab.
“Satu tafsiran pelik terhadap keadilan sukan, yang sukar ditemui dalam liga utama lain di Eropah.”
Seterusnya, Lens menyatakan, jika mereka setuju dengan cadangan PSG, mereka akan berkorban banyak perkara yang tidak menguntungkan kelab.
Lens mendakwa: “Mengubah tarikh perlawanan ini bermakna Racing Club de Lens perlu berehat tanpa perlawanan selama 15 hari.
“Dan kemudian mengharungi jadual padat dengan perlawanan setiap tiga hari — satu pola yang tidak selari dengan perancangan awal musim, serta tidak sepadan dengan kemampuan kelab untuk menampung beban tersebut tanpa kesan negatif.
“Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kelab dengan bajet ke-10 dalam liga perlu mengikut kehendak kelab lebih berkuasa.
“Atas nama kepentingan yang jelas melangkaui saingan domestik — yang sudah pun dikurangkan beban sejak beberapa musim kebelakangan ini (Ligue 1 dikurangkan kepada 18 pasukan, pemansuhan Coupe de la Ligue).
Communiqué du Racing Club de Lens
Le 6 mars dernier, la programmation de la rencontre opposant le Racing Club de Lens au Paris Saint-Germain a été arrêtée, officialisant un cadre auquel chacun était alors convié à se conformer.
Dans un esprit de responsabilité et de mesure, le… pic.twitter.com/qsjBpmJaNN
— Racing Club de Lens (@RCLens) March 23, 2026
“Di luar isu ini, persoalan yang lebih besar timbul: sejauh manakah penghormatan terhadap pertandingan itu sendiri? Wajar dipersoalkan apabila, di tanah sendiri, liga domestik seolah-olah diketepikan demi keutamaan lain, walaupun ia sah dari sudut kepentingan.
“Racing Club de Lens tetap berpegang kepada prinsip keadilan, kejelasan peraturan, dan penghormatan terhadap semua pihak — asas penting untuk bola sepak Perancis yang adil dan dihormati.”