Anak kepada Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengkritik pendirian neutral ayahnya berkaitan isu di Gaza. Sedangkan terang terangan ianya adalah genosid atau usaha pembersihan etnik, menurut Leona.
Menurut Leona, walaupun Azhar Sulaiman ayahnya, namun bukan bermakna dia sama pendirian dengan pelakon veteran tersebut. Dia kecewa kerana ada pihak pukul rata dalam perkara itu.
Leona menyatakan bahawa dia sentiasa bersama Palestin. Lebih lebih lagi Leona sendiri pernah melawat Palestin sebelum ini. Ianya telah membuka matanya tentang kekejaman z *onis di sana.
Azhar Sulaiman pula dikatakan memilih atas pagar dalam isu konflik tersebut. Ianya respon kepada kempen Blockout artis Malaysia baru baru ini.
Bagaimanapun Azhar Sulaiman telah memadamkan hantaran tersebut.
Leona memberikan komen dengan menulis: “Pandangan ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya. Di mana saya menentang Isra*l serta genosid yang berlaku di Palestin.
“Sebagai seorang yang pernah melawat Palestin, dan melihat sendiri dengan mata saya [walaupun dalam keadaan yang dikawal dan diatur], saya sangat menyedari tentang kekejaman Is**** dan mendapat tahu bahawa genosid ini bermula sebelum 7 Oktober lagi.
“Saya tidak sependapat dengan ayah saya dalam banyak perkara dan gagal untuk memahami bagaimana cara dia berfikir. Jadi, jangan pukul rata dan menuduh hanya kerana kami ada pertalian darah maka kami ada pandangan yang sama.”
Kenyataan Leona itu membuatkan ramai netizen memberikan tabik hormat kepadanya walaupun mereka tidak setuju dengan Azhar Sulaiman yang berpendirian neutral.
Salah seorang berkata: “Saya tidak suka kamu sebagai influencer, namun kali ini saya menyokong kamu. Syabas.”
Yang lain menulis: “Untuk kesekian kalinya kamu betul. Tahiah!”
For the 1st time ever, you're right … congratulations 🎉🎉🎉
— 24 Jam (@Kairostheone) May 16, 2024
Leona kemudian mengajak semua orang untuk terus menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan yang sedang berlaku dan mengutuk kekejaman.
“Kita tak tahu bila genosid ini akan berakhir. Jadi kita harus lantang dan pastikan Palestin itu tidak dilupakan.”
If the best we can do is spread awareness, then by all means we should. We shd stand in solidarity with Palestine n strongly condemn the actions of Israel. We don’t know if and when there will be an end to this GENOCIDE so we must be LOUD to make sure PALESTINE is not FORGOTTEN
— leona (@kasihirisleona) May 16, 2024
Leona juga berkongsi cerita dia ketika melawat masjid Al Aqsa. Dia berkata:
“Saya berjalan ke masjid Al Aqsa dan seorang wanita Palestin menghentikan saya dan berkata: ‘Tolong pastikan dunia tidak berhenti bercakap tentang kami. Tolong pastikan dunia ingat kami. Tolong bawa kami dalam doa kamu sentiasa. Tolong berdiri di belakang Palestin’.”
It's obvious that your brilliant mind comes from your mother.
— Rajah (@Rajahhh_11) May 16, 2024