Sepasang suami isteri berputih mata apabila wang simpanan termasuk dana persaraan melebihi setengah juta ringgit milik lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan membabitkan pelaburan kripto yang tidak wujud.

Insiden ini terdedah selepas mangsa yang juga pesara kerajaan berusia linkungan 70-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada tempoh hari lalu berhubung penipuan sindiket sejak Januari lalu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan awal mendapati mangsa berhubung dengan pemilik laman Facebook Najwan Islamic beralamat di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS) pada 8 Januari lalu.

“Sehari selepas itu, mangsa memulakan pelaburan dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 dengan memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan.

“Suspek menyatakan mangsa akan menerima pulangan pelaburan RM4,950 dalam tempoh sehari iaitu pada hari yang sama”, katanya lagi.

Malah, suspek juga memaklumkan jika mangsa tidak mengeluarkan wang berkenaan keuntungan pelaburan akan semakin meningkat.

Pada 10 Januari lalu, mangsa menghubungi suspek semula untuk bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu nilai keuntungan sudah mencapai RM18,500.

Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pelbagai bayaran untuk mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.

“Sepanjang tempoh Januari hingga Julai, mangsa melakukan 133 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke-39 akaun bank tempatan membabitkan jumlah kerugian RM542,171.10,” katanya.

Malangnya, dalam tempoh itu juga mangsa tidak menerima sebarang bayaran daripada hasil pelaburannya yang mana wang itu adalah hasil simpanan mangsa selain wang pesaraannya bersama isteri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan. Oleh itu, anda perlu menyelidik terlebih dahulu sebarang pelaburan yang ingin dibuat terutamanya membabitkan jumlah yang tinggi.

Sumber