Kes penipuan atas talian makin meningkat dan ramai rakyat Malaysia dilaporkan telah menjadi mangsa penipuan.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @KalifPoi23 telah berkongsi isu peniaga menjual Lotus Biscoff di Instagram yang bertindak menipu para pelanggannya. Ramai yang tertipu dengan peniaga tersebut sehingga mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

Harini aku nak viralkan setan betina yang power gila scam bakers / ramai orang sampai polis pun tak boleh buat apa
Kes ada yang cecah sampai 20k, malah sampai 100k dengan bermodal kan ig yang 'jual' BISCOFF sahaja. Untuk orang ramai, especially bakers, tolong alert pic.twitter.com/C8wXWGlFPt
— Amirul Kalif Syde (@KalifPoi23) June 15, 2021
Menurut Amirul yang juga merupakan mangsa, peniaga tersebut yang dikenali sebagai Sara menjual Lotus Biscoff di Instagram ‘allaboutbiscofftaste’ bertindak mengambil pra-tempahan dan deposit penuh daripada para pelanggan lalu ‘menghilangkan’ diri selepas mendapat bayaran.
Tambahnya, peniaga tersebut ‘target’ pembuat kek dan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding berbanding harga semasa. Malah, ramai pelanggan yang tertipu dengan peniaga tersebut telah membuat laporan polis dan membuat tuntutan tribunal.
Bila kes macam ni, medium yang betul adalah buat laporan polis dan buat tuntutan tribunal
TETAPI, sekali lagi sara ni licik. Mangsa yang ditipu tak boleh buat tuntutan kerana ic yang digunakan bukan ic semasa. Acc bisnes yang digunakan adalah ic yang lama pic.twitter.com/I1p95oifnM
— Amirul Kalif Syde (@KalifPoi23) June 15, 2021
Ketika ini, peniaga tersebut masih bergiat aktif menjual dengan menggunakan Instagram sebagai medium jualan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mangsa berkongsi tangkap layar perbualan dan taktik penipuan yang dilakukan peniaga tersebut sehingga menyebabkan kerugian.
https://twitter.com/adilahwahidd/status/1405019887530033152
Sumpah la?????? I minta refund kot???? Ni dia send by email. Dah la now tgh mcmni covid mcmni, i lg urgent nak pakai duit! Yaallah πππππππ pic.twitter.com/Ir6OOjjHWW
— π§πΌββοΈ (@adrianaamin_) June 17, 2021
Dah buat report KPDNKK, and pegawai dah call suruh proceed Tribunal. So ya I will proceed to Tribunal.
Refer her prev email, sembang putar beli selagi boleh. Hi @seawit get ready π pic.twitter.com/oqQAAYoO1e
— Naia Jual Mini Burnt Cheesecake! (@nadiayusof__) June 15, 2021
Ya saya pun terkenaπ
Kaw2 dye scam kiranya?
Kata stok xsmpai lah itu ini (ni pun dpt info dr buyer yg trkena & bukan seller)
Seronok ke makan duit org?
Naya kot ! Tunggu punya tggu xsmpai lpstu π€π€π€π€π€π€π€π€π€— Nadia (@_PutriNadia_) June 16, 2021
Lantaran itu, rata-rata mangsa mahu orang ramai berhati-hati agar tidak tertipu dengan peniaga Lotus Biscoff tersebut dan menyebarkan hal ini. Pastikan anda selidik dahulu sebelum membeli barangan secara atas talian agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Tahukah anda bahawa ada wanita yang membeli iPhone 12 Pro Max secara ‘online’ tetapi menerima sekotak jus epal? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Beli iPhone 12 Pro Max Secara Online, Wanita Ini ‘Tertipu’ Hanya Terima Sekotak Jus Epal
Kenali Charles Ingram, Lelaki Yang Menipu Untuk Menang ‘Who Wants To Be A Millionaire’