Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan satu kenyataan di mana pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tamat tempoh melebihi 36 bulan, tidak lagi layak menerima subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Hanya lesen yang masih sah atau tamat tempoh tidak melebihi 36 bulan daripada tarikh akhir pembaharuan diklasifikasikan sebagai aktif.

Baca Juga:

“LMM yang diklasifikasikan aktif adalah lesen yang tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh akhir pembaharuan sebelumnya. Dalam tempoh ini, pemegang lesen masih layak menerima subsidi BUD195 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian tambahan.

“Namun demikian, sekiranya lesen memandu telah tamat tempoh melebihi 36 bulan, pemegang lesen tersebut tidak lagi layak menerima subsidi BUDI95.

“Selain itu, pembaharuan lesen tidak boleh dilakukan secara terus dan pemegang lesen diwajibkan menjalani semula ujian kompetensi memandu di mana-mana Institut Memandu,” petik kenyataan itu lagi.