Sebelum ini Lesti Kejora yang dakwa suaminya, Rizky Billar berkelakuan ganas dengan memukulnya di kediaman mereka pada 28 September 2022, jam 1.51 pagi.

Selepas kejadian tersebut, satu video pengumuman bahawa mereka tidak akan bercerai dan akan mempertahankan rumah tangga telah membuatkan peminat setia Lesti terkesima.

Baca Juga:

Lesti datang bersama suaminya, Rizky di Balai Polis Jakarta Selatan dan memberi kenyataan buat pertama kali selepas isu terbabit menjadi tular.

Di dalam video TikTok itu, dilihat pasangan suami isteri itu sudah berbaik apabila Lesti mencium tangan Rizky serta memeluk suaminya itu.

@beritakansekarang

Replying to @junkok298 LESTI KEJORA CIUM TANGAN DAN PELUK RIZKY BILLAR. #DidYouYawn #fyp #rizkybillar #lestykejora #lestykejorarizkybillar

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen yang menyokong tindakan Lesti dan mengatakan mereka percaya pada Rizky akan berubah suatu hari kelak serta mendoakan yang terbaik buat suami isteri itu.

Sementara itu, Lesti juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf mengenai kes tersebut terhadap keluarganya kerana turut terkait sekali dengan isu keganasan rumah tangganya dengan suami, Rizky yang berlaku beberapa hari lalu.

“Salah satu sebab saya menarik balik laporan kerana saya yakin dia boleh menjadi bapa terbaik untuk anak kami,” tambahnya lagi.