Liam Gallagher menyatakan hasratnya melihat kumpulan Oasis kembali bersatu bagi menjayakan sebuah pertunjukkan amal khas setelah wabak COVID-19 berakhir sambil meminta Noel untuk turut serta.

Bekas ahli kumpulan itu menyeru agar perbezaan antara mereka berdua – Liam dan Noel – dikuburkan dan fokus untuk membantu golongan yang terkesan dengan wabak coronavirus yang telah menyerang lebih 200,000 orang diseluruh dunia.

Menulis di Twitter malam tadi, beliau yang berusia 47 tahun berkata sudah tiba masanya untuk Oasis kembali bersatu.

Dalam masa yang sama, Liam tidak hanya menjemput ahli Oasis untuk turut serta. Tetapi semua ahli lagenda muzik yang pernah berada sezaman dengan Oasis untuk membantu bagi menjayakan persembahan amal ini.

Perseteruan adik beradik – Noel dan Liam Gallagher – adalah penyebab kenapa Oasis berpisah. Kumpulan yang berasal dari Inggeris ini berpecah di saat mereka sedang didewakan oleh penggemarnya.

Idea ini hadir selepas Perdana Menteri UK, Boris Johnson menyatakan bahawa mereka akan dapat mengatasi masalah COVID-19 dalam masa tiga bulan jika semua orang bekerjasama.

Johnson turut menyatakan bahawa usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 akan gagal jika semua orang tidak mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan oleh kerajaan.

Britain sejak semalam mencatatkan angka kes sebanyak 2,716, manakala merekodkan angka kematian sebanyak 144 akibat wabak coronavirus.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Acara Himpunan Tabligh Di Indonesia Batal, Semua Peserta Akan Dikuarantin

China Dakwa Kes Baharu COVID-19 Datang Dari Indonesia

Iran Terjejas, Catat 1 Kematian Setiap 10 Minit Angkara COVID-19

 

Sumber